KUALA LUMPUR 18 Mei – Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini, menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dr Johari Abdul, memaklumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan serta Setiawangsa. Dalam kenyataan bersama, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR dan Nik Nazmi bekas Naib Presiden PKR berkata pengosongan kerusi Parlimen itu dibuat berikutan hasrat mereka berdua untuk meneroka hala tuju politik baharu. Mereka juga menegaskan akan kembali bertanding di Parlimen sama pada Pilihan Raya Umum (PRU)…
Read MoreDay: May 18, 2026
Berita pilihan…
Pelayaran MV Hondius berakhir
THE HAGUE – MV Hondius, kapal persiaran yang mencetuskan kebimbangan global susulan wabak maut hantavirus menamatkan pelayarannya di Rotterdam, selepas berlabuh di pelabuhan Belanda itu kira-kira pukul 10 pagi (0800 GMT) semalam. Sehingga kini, seramai 27 individu masih berada di atas kapal yang merangkumi 25 kru dan dua petugas perubatan yang berdepan kuarantin selama beberapa minggu. Kapal yang dikendalikan syarikat Belanda Oceanwide Expeditions itu menjadi perhatian dunia selepas tiga penumpang meninggal dunia akibat hantavirus, iaitu virus jarang ditemui dan tidak mempunyai vaksin atau rawatan khusus. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berusaha…
Read MoreLaut Oman ‘kubur’ tentera AS
TEHRAN – Laut Oman akan bertukar menjadi ‘kubur’ tentera Washington jika Amerika Syarikat (AS) tidak menamatkan sekatan maritim terhadap pelabuhan di Iran, demikian amaran keras oleh seorang pegawai kanan keselamatan Iran. Amaran itu disuarakan oleh ahli Majlis Penasihat Kepentingan Iran yang juga bekas Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mohsen Rezaei, ketika ketegangan di Asia Barat dilaporkan semakin meruncing. “Kami menasihatkan tentera AS untuk menamatkan pengepungan ini sebelum Laut Oman menjadi kubur anda,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen kerajaan Iran. Rezaei menyifatkan sekatan laut oleh pentadbiran…
Read More