Anwar calon PM, tanding di Tambun

IPOH 20 Okt. – Pakatan Harapan (PH) menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail di Konvensyen Pakatan Harapan (PH), di sini, malam ini. Pada masa yang sama juga, Anwar ketika berucap pada majlis itu juga mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun yang sebelum ini diwakili Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu. Ahmad Faizal menang atas tiket Pakatan Harapan (PH) sebelum keluar dan menyertai Perikatan Nasional (PN). “Perak akan…

Read More

DAP sindir Hadi bekerjasama dengan ‘komunis’

IPOH 20 Okt. –  Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyindir Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang ‘lupa’ bahawa beliau pernah bekerjasama dengan DAP, parti yang dikaitkan dengan fahaman komunisme. Katanya, Abdul Hadi, ‘mungkin terlupa’ bahawa Pas pernah bekerjasama dengan DAP dan duduk sebelah-menyebelah dengan pemimpin parti itu. “Kita bukan komunis. Orang yang cakap DAP komunis ini, dia pun pernah bekerjasama dengan ‘komunis’. Adakah dia sudah lupa, dia pun duduk bersama (Pengerusi DAP) Lim Guan Eng, (veteran DAP) Lim Kit Siang dan tandatangan dokumen bersama DAP. Mungkin dia sudah lupa,” katanya…

Read More

Liz Truss PM UK paling singkat

LONDON 20 Okt. – Liz Truss akhirnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri United Kingdom selepas 45 hari menyusun strategi politiknya dan mengaku tidak mampu meneruskan mandat sebagai yang telah dipilih oleh Parti Konservatif Truss dalam satu kenyataan di pekarangan Downing Street: “Kami membayangkan visi ekonomi bercukai rendah dan berketumbuhan tinggi yang boleh dimanfaatkan menerusi Brexit. Saya bagaimanapun menyedari, berdasarkan situasi, saya tidak mampu meneruskan mandat sebagai yang telah dipilih oleh Parti Konservatif. Oleh itu, saya telah memaklumkan kepada baginda Raja (Charles III) untuk mengumumkan bahawa saya meletakkan jawatan sebagai ketua…

Read More

Cukuplah kempen 14 hari

KUALA SELANGOR 20 Okt. – Tempoh berkempen selama 14 hari seperti ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), merupakan jangka masa yang ideal untuk setiap parti politik berkempen, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. “Tempoh) 14 hari (berkempen) cukup… dulu pun 14 hari, ada masa kurang 14 hari, parti politik kena rancang perancangan masing-masing untuk pastikan cukup masa. Kalau terlampau lama tidak boleh juga, penat. “SPR telah tentukan, kita akur dengan SPR,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia (KUKKM) Negeri Selangor, di sini. Mengulas persiapan dan senarai nama…

Read More

Larang bawa telefon masa mengundi

PUTRAJAYA 20 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa memperbaiki beberapa kelemahan yang ada sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dilangsungkan, kata Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau mengambil contoh telefon bimbit yang dibawa ke pusat mengundi dan boleh menidakkan rahsia pengundi sehingga memungkinkan parti berkenaan boleh mengguna maklumat untuk sogokan. “Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti pun hulur wang,” katanya dalam satu kenyataan sambil bertanya sama ada SPR boleh melarang pengundi membawa telefon semasa mengundi. Beliau mendakwa jika…

Read More

Tiada lagi pencelahan Kasthuri Patto

TANJONG 20 Okt. – Kasthuri Patto, 43, wanita DAP yang sering mencelah setiap kali kaum sejenisnya  menjadi ‘mangsa’ anggota Parlimen tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Batu Kawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini. Timbalan Setiausaha DAP Hal ehwal Antarabangsa itu berkata, beliau berundur secara terhormat dan tidak akan bertanding dalam PRU-15 kerana ingin memberi laluan kepada pemimpin masa hadapan dalam DAP dan Malaysia. Justeru,  ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) untuk Hubungan Antarabangsa itu menyangkal khabar angin yang menyatakan bahawa beliau digugurkan daripada mempertahankan kerusi Parlimen itu. Sebaliknya Kasthuri…

Read More

Kadar tol 4 lebuh raya PROLINTAS turun

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Kadar tol empat lebuh raya di bawah Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) diturunkan di antara lapan dan 15 peratus bermula tengah malam tadi. Empat lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK). Pengurangan kadar tol ini membabitkan kenderaan kelas satu (kenderaan mempunyai dua gandar contohnya kereta penumpang dan tiga atau empat roda, kecuali teksi dan bas), kelas empat (teksi) dan kelas lima (bas). “Bagi kenderaan kelas…

Read More

RM1.01 bilion kos PRU-15, PRK Bugaya

PUTRAJAYA 20 Okt. –  Sebanyak RM1.01 bilion peruntukan diperlukan untuk mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Sabah. Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata, pilihan raya kali ini melibatkan 9,536 pusat mengundi dengan 39,318 tempat mengundi/saluran. Katanya, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU Ke-15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemaskini sehingga 9 Oktober 2022. Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR…

Read More

Rakyat mengundi 19 November

PUTRAJAYA 20 Okt. –  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November, Sabtu sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) manakala hari  penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 5 November. Hari pengundian awal pula ditetapkan pada Selasa, 15 November manakala tempoh kempen  selama 14 hari. Pelaksanaan pilihan raya itu akan melibatkan peringkat Parlimen di seluruh negara dan tiga negeri yang telah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Perak, Pahang dan Perlis. Turut diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah. Pengumuman itu dibuat Pengerusi…

Read More