Omicron : UK ambil langkah baharu

LONDON: Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan beberapa langkah baharu bagi membendung penyebaran varian Omicron selepas United Kingdom (UK) melaporkan kes pertama varian baharu itu.

Langkah tersebut termasuk mereka yang tiba di negara itu perlu mengambil ujian PCR  dalam tempoh dua hari selepas ketibaan mereka serta mengasihgkan diri sehingga hasil ujian diperoleh manakala kontak  rapat bagi kes yang disyaki varian Omicron  perlu mengasingkan diri selama 10 hari.

Beliau membuat pengumuman itu di Downing Street selepas dua kes melibatkan varian Omicron dikesan di Brentwood, Essex dan Nottingham, kedua-dua kes itu dipercayai mempunyai sejarah perjalanan ke Afrika Selatan.
Mengulas lanjut, Johnson memberitahu, para saintis mendapati varian itu lebih ganas berbanding Delta dan merebak dengan pantas termasuk mereka yang sudah melengkapkan dua dos vaksin.
Menurut beliau lagi, kerajaan akan mengkaji semula garis panduan baharu itu dalam tempoh tiga minggu, sama ada untuk meneruskan garis panduan yang sama atau melakukan penambahbaika

 

Di samping itu pelitup muka dan hidung juga diwajibkan di dalam pengangkutan awam dan premis kedai kecuali di pub dan restoran.

Kerajaan UK juga akan meningkatkan kempen dos penggalak ketika kajian sama ada vaksin Covid-19 yang diluluskan pada masa ini dapat mengatasi varian baharu tersebut.

Johnson pada sidang medianya berkata Setiausaha Kesihatan telah meminta Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) untuk meluaskan kumpulan yang layak menerima suntikan penggalak.

Jawatankuasa itu diminta menyemak sama ada vaksin penggalak perlu dilanjutkan kepada bawah 40-an dan sama ada jurang antara dos kedua dan ketiga perlu dikurangkan daripada enam bulan.

Related posts

Leave a Comment

error: Content is protected !!