Rashid Hasnon mahu pertahan Batu Pahat

BATU PAHAT 11 Okt. – Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat,  Mohd Rashid Hasnon, 62 dari Bersatu akan mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berharap mendapat sokongan dan mandat yang sama seperti pada tahun 2018, ketika itu mewakili PKR.

“Mungkin ada kepincangan sepanjang saya menjadi Ahli Parlimen, tetapi saya sudah memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Batu Pahat khususnya.

“Saya serahkan kepada kebijaksanaan masyarakat Batu Pahat untuk memilih wakil mereka bagi lima tahun akan datang,” katanya seperti dilapor media.

Mohd Rashid yang juga Bendahari Bersatu Johor memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,894 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Haliza Abdullah dan calon Pas  Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau kemudian keluar parti ketika ‘Langkah Sheraton’ dan menyertai Bersatu.

Pada 2020, Mohd Rashid dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat di bawah pimpinan bekas perdana menteri  Muhyiddin Yassin, selepas beliau meninggalkan PKR sebelum menyertai Bersatu.

Related posts

Leave a Comment