Adakan PRU15 April, Mei atau Jun 2023

TANGKAK 8 Okt. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berpendapat, bulan April dan Jun adalah tempoh terbaik untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). “Selepas banjir, bubar Parlimen antara bulan April, Mei atau Jun kan molek begitu, ada lagi masa,” katanya. Justeru beliau meminta Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, memberikan ketetapan berhubung tarikh PRU15 supaya semua pihak mendapat gambaran jelas sama ada PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat ataupun sebaliknya. Pengerusi Bersatu itu berkata, Ismail Sabri juga tidak perlu mendengar nasihat daripada (lima) kepemimpinan tertinggi (Top 5 UMNO) yang…

Read More

Raja Thailand berkongsi kesedihan

NA KLANG: “Tiada kata-kata yang dapat meluahkan kesedihan. Saya sentiasa menyokong dan berharap anda kuat, supaya semangat anak-anak dapat tenang,” titah Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn. Baginda bertitah demikian ketika bertemu keluarga mangsa tragedi pembunuhan kanak-kanak yang mengorbankan 24 kanak-kanak dan 12 dewasa di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di timur laut Thailand, Khamis lalu. “Saya datang ke sini untuk memberi sokongan. Saya amat sedih dengan apa yang sudah berlaku. Saya berkongsi kesedihan anda, kedukaan anda,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik dalam talian, hari ini. Serangan membabitkan seorang bekas…

Read More

Pas belum muktamadkan keputusan

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Pas Pusat belum memuktamadkan pendirian sama ada kekal bersama Perikatan Nasional (PN) atau bersama Barisan Nasional (BN) sebaliknya memutuskan untuk meneruskan usaha penyatuan ummah, membabitkan ketiga-tiga parti teras Melayu, termasuk UMNO (BN) dan Bersatu (PN). Keputusan itu dibuat Pas selepas selesai mesyuarat Ahli Jawatankuasa parti itu di ibu negara hari ini yang dipengerusikan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Dalam kenyataan hari ini, Pas tetap akan meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan ‘komitmen’ ketiga-tiga parti teras-Melayu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15  (PRU15) seterusnya menjamin kestabilan…

Read More

Zuraida kini Presiden PBM

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai presiden baharu Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PBM semalam. Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad dalam satu kenyataan hari ini, berkata perkara itu adalah satu daripada tujuh usul yang diluluskan sebulat suara pada Persidangan Agung Tahunan (PAT) 2022, Sabtu lalu. Mesyuarat Majlis Tertinggi PBM semalam bersidang dan mengesahkan tujuh usul yang diluluskan sebulat suara dalam PAT 2022. “Antara usul yang diterima sebulat suara adalah untuk melantik Zuraida sebagai Presiden PBM,” katanya. Beliau berkata, Majlis Tertinggi…

Read More

Kos haji dijangka RM31,000

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Kos haji dijangka terus meningkat sekitar RM31,000 pada tahun hadapan, berbanding RM28,000 tahun ini, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lembaga Tabung Haji (TH), Amrin Awaluddin. Bagaimanapun, agensi itu akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji Bersasar yang dibiayai daripada pendapatan pelaburan kepada semua bakal jemaah haji Muassasah. Beliau berkata, menerusi bajet 2023, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan terus menyokong usaha kerajaan serta bekerjasama untuk memperkasa daya tahan ekonomi negara dalam menghadapi sebarang risiko masa hadapan yang tidak menentu.…

Read More

Bawa pulang jemaah umrah terkandas

PUTRAJAYA 8 Okt. – Kementerian Luar dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan membantu membawa pulang 63 jemaah umrah warga Malaysia yang terkandas di Arab Saudi, sejak Jun lalu. Kumpulan jemaah itu terdiri daripada 28 individu dewasa dan 35 kanak-kanak yang dibawa kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah, bagi mengerjakan ibadah umrah, pada Mac lalu. Menurut satu kenyataan media malam tadi, urusan membantu penghantaran pulang jemaah yang terkandas itu dibuat dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan. Kementerian Luar dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)…

Read More

Mansuh langkah pengurusan selamat

SINGAPURA 8 Okt. – Kementerian Kesihatan (MoH) mengumumkan semua langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) akan dimansuhkan mulai Isnin ini, 10 Oktober. Berikutan itu tiada sekatan akan dikenakan di pusat hiburan malam, pusat makanan dan minuman, pusat penjaja serta acara-acara dengan lebih 500 peserta. “Kita sudah belajar untuk hidup bersama virus Covid-19, mengatasi beberapa gelombang jangkitan dan menarik balik langkah-langkah pengurusan selamat secara berperingkat. “Sedang kita kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa, kita akan menarik balik semua langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi mulai 10 Oktober 2022,” kata MoH.…

Read More