Kos haji dijangka RM31,000

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Kos haji dijangka terus meningkat sekitar RM31,000 pada tahun hadapan, berbanding RM28,000 tahun ini, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lembaga Tabung Haji (TH), Amrin Awaluddin.

Bagaimanapun, agensi itu akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji Bersasar yang dibiayai daripada pendapatan pelaburan kepada semua bakal jemaah haji Muassasah.

Beliau berkata, menerusi bajet 2023, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan terus menyokong usaha kerajaan serta bekerjasama untuk memperkasa daya tahan ekonomi negara dalam menghadapi sebarang risiko masa hadapan yang tidak menentu.

Katanya, bajet ini adalah bajet komprehensif bertujuan membantu Keluarga Malaysia.

TH sebelum menjangkakan kos untuk jemaah Muassasah menunaikan ibadat haji pada tahun ini (1443H/2022M) akan meningkat kepada lebih RM25,000 untuk seorang susulan peningkatan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Kos untuk mengerjakan haji bagi jemaah Muassasah pada 2019 ialah RM22,900.

Related posts

Leave a Comment