Bawa pulang jemaah umrah terkandas

PUTRAJAYA 8 Okt. – Kementerian Luar dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan membantu membawa pulang 63 jemaah umrah warga Malaysia yang terkandas di Arab Saudi, sejak Jun lalu.

Kumpulan jemaah itu terdiri daripada 28 individu dewasa dan 35 kanak-kanak yang dibawa kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah, bagi mengerjakan ibadah umrah, pada Mac lalu.

Menurut satu kenyataan media malam tadi, urusan membantu penghantaran pulang jemaah yang terkandas itu dibuat dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan.

Kementerian Luar dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Keduataan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan menyelaraskan urusan berkenaan dalam masa terdekat.

Semua jemaah ini dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah bagi mengerjakan ibadah umrah pada Mac lalu.

Bagaimanapun, mereka hanya berada di Madinah sehingga hari ini dan tidak pernah dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah.

“Ini susulan pelanggaran undang-undang tempatan, ketua kumpulan tarekat berkenaan diusir keluar oleh Kerajaan Arab Saudi, pada 20 Ogos lalu.

Related posts

Leave a Comment