PRU : 12 menteri PN hantar surat kepada Agong

PUTRAJAYA 6 Okt. – Seramai 12 anggota Jemaah Menteri dari Bersatul dan Pas tidak bersetuju dengan pilihan raya umum (PRU) diadakan tahun ini kerana bimbang risiko banjir.

Berikutan itu mereka menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan pendirian mereka.

Menteri Alam Sekitar dan Air,  Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan surat itu ditandatangani oleh semua menteri Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu PRU-15 diadakan tahun ini.

Sementara itu, Menteri Kanan Pendidikan,mDr Radzi Jidin, berkata surat bertarikh 3 Oktober lalu, sudah pun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong semalam.

Menteri PN tidak bersetuju PRU-15 diadakan tahun ini kerana Jabatan Meteorologi meramalkan berlaku musim hujan lebat.

Keputusan itu juga bagi membenarkan ekonomi negara pulih sepenuhnya untuk memudahkan urusan rakyat.

Related posts

Leave a Comment