Covid-19 : Jangkitan baharu 1,722

PUTRAJAYA 6 Okt. – Jangkitan baharu kes Covid-19 dalam negara semalam (Rabu) naik kepada 1,722 kes berbanding 1,483 pada hari sebelumnya di mana lapan adalah kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,810,082.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, dua kes kematian dicatat semalam di mana kedua-dua kes tersebut berlaku di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought-in-dead’ (BID) yang membawa kepada 36,387 meninggal dunia.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 dalam negara kini berjumlah 23,038 iaitu pertambahan 81 kes berbanding hari sebelumnya.

Sebanyak 22,011 pesakit atau 95.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah,

979 kes atau 4.2 peratus dirawat di hospital dengan 26 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) dan 22 lagi di ICU tidak memerlukan ABP.

Kes sembuh pula merekodkan 1,639 kes menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh adalah sebanyak 4,788,889.

Sementara itu, Selangor merekodkan kes harian tertinggi semalam dengan 581 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 388, Perak 133 dan Sabah 125.

Negeri-negeri lain mencatatkan di bawah angka 100 iaitu Sarawak 89, Pulau Pinang 74, Negeri Sembilan 62, Kedah 53, Melaka 49, Johor 37, Terengganu 26, Pahang 25, Wilayah Persekutuan Putrajaya 20, Wilayah Persekutuan Labuan 4 dan Perlis 3.

Related posts

Leave a Comment