Rusia tahan diplomat Jepun

MOSCOW:  Seorang diplomat Jepun yang berpangkalan di bandar timur Vladivostok ditahan selepas disyaki menjalankan kerja-kerja pengintipan dan Rusia menyenaraikan individu berkenaan sebagai persona non grata.

Diplomat itu ditahan ketika menerima maklumat sulit, sebagai pertukaran wang, mengenai kerjasama Rusia dengan negara lain di rantau Asia-Pasifik.

Menurut kenyataan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB), diplomat

itu juga telah meminta maklumat mengenai “kesan sekatan Barat” ke atas timur wilayah Primorsky.

Diplomat itu kemudiannya diarah meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.

Agensi berita melaporkan FSB telah membuat bantahan kepada Tokyo melalui saluran diplomatik dan mengisytiharkan diplomat yang dikenal pasti sebagai konsulat jeneral di Vladivostok, Motoki Tatsunori, sebagai persona non grata,.

FSB juga mengedarkan video pendek yang menunjukkan diplomat itu mengakui bahawa dia melanggar undang-undang Rusia.

Related posts

Leave a Comment