Kanada tarik balik sekatan Covid-19

OTTAWA: Mulai 1 Oktober ini, para pelancong tanpa mengira kewarganegaraan yang mengunjungi Kanada tidak perlu menyerahkan maklumat kesihatan melalui aplikasi ArriveCAN atau memberikan bukti vaksinasi.

Menurut Menteri Kesihatan Jean-Yves Duclos, ujian calitan dan menjalani tempoh kuarantin tidak lagi diwajibkan manakala pemakaian pelitup muka di dalam pesawat dan kereta api juga akan dimansuhkan.

Kanada menarik balik sekatan Covid-19 berdasarkan kadar pengambilan vaksinasi, ketersediaan vaksin dan pemodelan saintifik yang menunjukkan negara itu melepasi kemuncak gelombang terkini jangkitan koronavirus.

Duclos memaklumkan pihak Kerajaan berterima kasih kepada penduduk Kanada yang memberikan kerjasama dalam pengambilan vaksin yang diharap dapat memberi sinar dan harapan dalam proses pemulihan negara, ekonomi dan sosial.

Kerajaan bagaimanapun bersedia untuk mengembalikan semula sekatan jika perlu.

Related posts

Leave a Comment