PN tubuh jawatankuasa manifesto

LABUAN 1O Sept. –  Perikatan Nasional (PN) menubuhkan satu jawatankuasa manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang memberi fokus kepada kestabilan politik dan ekonomi negara.

Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin, berkata kandungan manifesto itu adalah inklusif untuk semua kaum.

“Perikatan Nasional telah menubuhkan jawatankuasa manifesto yang dipengerusikan Datuk Dr Radzi Jidin dan dianggotai oleh wakil-wakil parti komponen Perikatan Nasional.

“Manifesto ini memberi fokus bukan sahaja kepada kestabilan politik, tetapi juga kepada pembangunan ekonomi dengan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Cawangan Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Labuan di Desa Tunas Hijau, dekat sini hari ini.

Related posts

Leave a Comment