Cadang bina pelabuhan di Sanglang

YAN 1 Sept. – Kerajaan mengkaji cadangan pembinaan pelabuhan agregat di Sanglang, daerah Kubang Pasu bagi mengendalikan kargo petroleum dan kargo pukal yang akan memberi nilai tambah kepada ekonomi Kedah. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata projek itu juga akan mewujudkan laluan penghubung jambatan darat di antara selatan Thailand dan Malaysia. Beliau berkata, jika menjadi kenyataan, projek ini akan memberikan nilai tambah kepada ekonomi Kedah termasuk meningkatkan keyakinan pelabur menanam modal di negeri ini dan wilayah utara amnya. Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas…

Read More

Rosmah kena 10 tahun denda RM970 juta

KUALA LUMPUR 1 Sept, – Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah Mansor dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan yang berjalan secara serentak dan didenda RM970 juta, denda tertinggi pernah dikenakan terhadap mana-mana pesalah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sehingga Rosmah mengemukakan rayuan. Jika beliau gagal membayar denda berkenaan, Rosmah perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman denda ditangguhkan hingga Rosmah kemukakan rayuan. Mahkamah turut mengekalkan jumlah jaminan sebanyak RM2 juta yang dikenakan terhadap Rosmah…

Read More

Muafakat Nasional belum bubar

ALOR SETAR 1 Sept. – Pas tidak pernah mengisytiharkan pembubaran Muafakat Nasional (MN) sehingga kini, begitu juga UMNO, kata Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man Jelasnya, platform penyatuan ummah itu perlu diteruskan demi kepentingan bangsa Melayu dan Islam serta masa depan negara. “Perundingan kita melihat muafakat dalam kerangkan MN. Saya ingin tegaskan MN belum dibubar. UMNO tidak isytihar bubar, Pas pun tidak isytihar bubar. Kita perlu mengekalkan platform ini kerana kepentingan Islam dan Melayu serta masa depan negara,” jelasnya semasa merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-63 di Alor Setar hari…

Read More

Sah Azalina letak jawatan penasihat

PUTRAJAYA 1 Sept. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, menerima peletakan jawatan Azalina Othman Said sebagai Penasihat Khas Kepada  Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia), Jabatan Perdana Menteri. Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Azalina sudah menghantar surat peletakan jawatan itu, pada 29 Ogos lalu. “Perdana Menteri menerima peletakan jawatan itu dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan. “Notis sebulan diberikan supaya dapat menyelesaikan kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau, namun dalam tempoh itu, Azalina tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 September sehingga…

Read More

Harga minyak sawit botol turun

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Harga maksimum minyak sawit botol pelbagai saiz akan diturunkan berkuat kuasa 8 September sehingga 7 Oktober ini, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa, Harga bagi kandungan lima kilogram (kg) mencatat pengurangan terbesar iaitu daripada RM34.70 kepada RM33.50. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, berkata penurunan harga tetap boleh dilaksanakan walaupun harga minyak sawit mentah (CPO) mencatat sedikit peningkatan. Katanya, berlaku sedikit kenaikan harga minyak sawit mentah (CPO) pada Ogos berbanding bulan sebelumnya, iaitu daripada RM4,060 kepada RM4,170 satu…

Read More

Kes harian terus meningkat

PUTRAJAYA 1 Sept. – Kes jangkitan harian Covid-19 terus menunjukkan peningkatan dengan mencatatkan 2,340 semalam berbanding 2,144 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,782,624 kes. Menurut data yang dikongsikan dalam laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 2,338 kes penularan tempatan dan dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Sehingga kini, negara masih mencatatkan 30,991 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu 95.5 peratus bersamaan 29,604 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah. Selain itu terdapat 4.2 peratus atau 1,301 kes sudah mendapatkan rawatan lanjut di…

Read More

Pas kenang jasa Bersatu

ALOR SETAR 1 Sept. – Pas telah memuktamadkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut Tuan Ibrahim, Jawatankuasa Perundingan Kerusi Perikatan Nasional (PN) telah diwujudkan bagi membincangkan persediaan serta pembahagian kerusi di antara parti-parti komponen dalam gabungan. Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-63 di sini hari ini. Katanya, muafakat politik bukan hanya bersifat sementara tetapi menentukan hala tuju negara ke mana sebenarnya negara dan rakyat nak…

Read More

Hari Sabah disambut 31 Ogos tahun depan

KENINGAU 1 Sept. – Hari Sabah atau hari kemerdekaan Sabah akan disambut di seluruh negeri selepas diwartakan secara rasmi bermula tahun depan, kata Timbalan Ketua Menteri, Dr Jeffrey Kitingan. Sambutan itu sejajar dengan kepentingan Hari Sabah yang jatuh pada 31 Ogos dalam sejarah kemerdekaan negeri ini. “Kita harus bangga kerana kita mempunyai identiti kita sendiri, tarikh kelahiran kita sendiri dan ia sangat penting kepada kita. “Atas sebab itu, kita dapat bergerak lebih jauh ke hadapan dan bekerja bersama untuk menjadikan Malaysia sebuah persekutuan seperti yang kita harapkan,” katanya dalam kenyataan…

Read More

Rafizi tidak bertanding di Johor

JOHOR BAHRU 1 Sept. – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor mengesahkan tidak akan bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Katanya, pelantikannya sebagai Pengerusi MPN bukan bermakna perlu bertanding di negeri itu sebaliknya ia bagi memudahkan PKR Pusat menyelaraskan kempen PRU15 memandangkan Johor antara negeri tumpuan utama Pakatan Harapan (PH). Menurut Rafizi, dalam kalangan pimpinan pusat, beliau mempunyai rekod lebih lama bekerjasama dengan pimpinan dan cabang di negeri ini. “Ini memudahkan kita menyelaraskan kempen PRU-15 dari peringkat pusat…

Read More