Malaysia bangunkan vaksin Covid-19

PUTRAJAYA 21 Jun – Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang membangunkan vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Menurut beliau, vaksin jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) dibangunkan mulai November tahun lalu dan kini berada di peringkat pengklonan varian asal virus serta varian lain SARS-CoV-2.

Status buat masa ini ialah peringkat pengklonan varian asal virus serta varian lain SARS-CoV-2.

“Selepas ia selesai, kajian praklinikal ke atas haiwan besar dan kecil akan dilaksanakan sebelum kajian klinikal terhadap manusia fasa 1, 2 dan 3 perlu dilakukan,” katanya pada sidang media mingguan hari ini.

Related posts

Leave a Comment