PKR umum pengarah, pengerusi MPP

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), PKR hari ini mengumumkan pelantikan barisan pengarah dan pengerusi biro Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Ketua Penerangannya, Fahmi Fadzil, berkata pelantikan itu diputuskan pada mesyuarat Biro Politik PKR yang berlangsung malam tadi.

“PKR mengucapkan selamat berkhidmat kepada semua yang sudah dilantik.

Semoga, gerak kerja parti dalam memperjuang nasib dan mengangkat martabat rakyat dapat dipergiat dan mencapai kejayaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut adalah senarai Pengarah dan Pengerusi Biro MPP yang baru dilantik:

Pengarah Modal Insan: Syed Ibrahim Syed Noh

Timbalan: Simon Ooi Tze Min

Pengarah Latihan: Nur Azrina Surip

Timbalan: Ismail Yusop

Pengarah Karyawan: Muhammad Bakhtiar Wan Chik

Timbalan: Gerald Hans Isaac

Pengarah Aduan dan Kemasyarakatan: Siti Aishah Shaik Ismail

Pengarah Pemahaman dan Pemantapan Agama: Amidi Abd Manan

Pengarah Mobilisasi: Yahya Sahri

Pengarah Jaringan Industri: Hee Loy Sian

Pengarah Sukarelawan: Fahmi Zainol

Pengarah Kesedaran dan Perubahan Iklim: Elizabeth Wong

Pengerusi Biro Antarabangsa: Shamsul Iskandar Mohd Akin

Pengerusi Biro Institut Latihan: Fuziah Salleh

Pengerusi Biro Kesihatan: Dr Lee Boon Chye

Pengerusi Biro Guaman: Sivarasa Rasiah

Pengerusi Biro Pekerja: Abdullah Sani

Pengerusi Biro Petani: Dr Azman Ismail

Timbalan: Dr Mohd Khairil Mohd Razi

Pengerusi Biro OKU: Isaiah Jacob

Pengerusi Biro Orang Asli: Bob Manolan

Pengerusi Biro Pekerja Ladang: Gunaraj George.

Related posts

Leave a Comment