Pendirian perubatan kanabis akhir tahun

BANGKOK 25 Ogos – Kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun ini, dengan sasaran dasar berkaitan dilaksanakan tahun depan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau yang mengakhiri lawatan kerja bilateral kesihatan ke Bangkok, berkata Thailand banyak berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang lawatannya itu berhubung penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan dan penanamannya. “Saya yakin kita akan dapat kaji pengalaman Thailand untuk disesuaikan dengan konteks Malaysia nanti apabila kita bakal membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan. “Jika dibenarkan, kita akan…

Read More

PKR umum pengarah, pengerusi MPP

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), PKR hari ini mengumumkan pelantikan barisan pengarah dan pengerusi biro Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Ketua Penerangannya, Fahmi Fadzil, berkata pelantikan itu diputuskan pada mesyuarat Biro Politik PKR yang berlangsung malam tadi. “PKR mengucapkan selamat berkhidmat kepada semua yang sudah dilantik. Semoga, gerak kerja parti dalam memperjuang nasib dan mengangkat martabat rakyat dapat dipergiat dan mencapai kejayaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Berikut adalah senarai Pengarah dan Pengerusi Biro MPP yang baru dilantik: Pengarah Modal Insan: Syed…

Read More

Thailand catat sedikit penurunan kes

BANGKOK 25 Ogos – Jumlah kes harian Covid-19 yang dilaporkan hari ini menunjukkan sedikit penurunan iaitu 2,002 termasuk satu kes di penjara berbanding 2,062 yang direkodkan semalam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula adalah sebanyak 4,641,263 kes. Dalam tempoh yang sama, sejumlah 29 lagi meninggal dunia berbanding 28 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 32,138 kematian sejak Covid-19 melanda. Sebanyak 1,742 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada 4,591,063 orang telah pulih sementara  18,062 orang mendapatkan rawatan berbanding 17,831 semalam . Kadar vaksinasi pula menunjukkan peningkatan iaitu 142,546,210…

Read More

Wanita dalam pasaran buruh masih rendah

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh di negara ini masih rendah, iaitu 55.5 peratus sedangkan populasi perempuan pada 2020 adalah 47.7 peratus iaitu hampir separuh daripada populasi Malaysia. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar itu juga rendah  jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain seperti Singapura sebanyak 69.7 peratus dan Thailand 66.8 peratus. “Walaupun kadar enrolmen wanita dalam semua peringkat pendidikan sama ada rendah, menengah atau tertiari adalah tinggi, bagi aspek kadar penyertaan dalam pasaran buruh, pembabitan wanita adalah rendah,” katanya ketika berucap pada…

Read More

Bersedia hadapi gelombang jangkitan semula

SINGAPURA 25 Ogos – Gelombang besar Covid-19 yang akan datang mungkin bersifat gelombang jangkitan semula, susulan 70 peratus penduduk republik ini sudah dijangkiti penyakit itu setakat ini. Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, berkata sementara Singapura lebih berdaya tahan sekarang, ia perlu bersiap sedia menghadapi gelombang Covid-19 menjelang hujung tahun, yang mungkin disebabkan varian membimbangkan (VOC) baru. “Varian baharu itu dikhuatiri dapat mengelak imuniti daripada jangkitan sebelum ini,” katanya pada sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam Beliau berkata kes jangkitan semula meningkat hingga membentuk sekitar 5.5 peratus…

Read More

Belanjawan 2023 kekal 28 Okt.

ISKANDAR PUTERI 25 Ogos – Kementerian Kewangan mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa pembentangan Belanjawan 2023 kekal pada 28 Oktober seperti yang dijadual dalam kalendar Parlimen. Timbalan Menteri Kewangan I,  Mohd Shahar Abdullah, berkata, beliau tiada maklumat Bajet 2023 akan disegerakan bulan depan. Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatagani memorandum persefahaman (MoU) pembangunan Sukan Dron di Medini, di sini, hari ini. Sebelum ini timbul spekulasi terdapat desakan supaya pembentangan Belanjawan 2023 disegerakan bulan hadapan bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disegerakan. Pada 17 Ogos lalu, Perdana Menteri, Ismail…

Read More

Hubungan Singapura – Brunei diperkukuh

SINGAPURA 24 Ogos – Hubungan Singapura dan Brunei Darussalam diperkukuh dengan termeterainya empat memorandum persefahaman (MoU) semalam sempena kunjungan kunjungan rasmi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, ke Singapura. Presiden Halimah Yacob berkata, MoU itu merupakan kerjasama penting dalam bidang-bidang strategik baharu yang meliputi ekonomi hijau dan bekalan, serta kerjasama pelaburan dan dagangan dalam produk makanan dan perubatan. Halimah berkata, hubungan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura disokong oleh kerjasama yang terjalin sekian lama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan dan ekonomi. Beliau berkata demikian pada majlis jamuan negara di…

Read More

Singapura sedia dos penggalak kanak-kanak

SINGAPURA 25 Ogos –  Singapura dijangka memberi suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 jenis PfizerBioNTech/Comirnaty kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada suku keempat tahun ini. Kementerian Kesihatan (MoH) memberitahu, pihaknya sudah menerima cadangan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 (EC19V) yang mengesyorkan kanak-kanak dalam lingkungan umur itu layak menerima satu dos penggalak, selepas lima bulan lengkap suntikan dos pertama dan kedua. “Langkah ini juga bagi mengukuhkan persediaan kami untuk berdepan gelombang jangkitan seterusnya,” menurut kenyataan itu. Sementara itu, Pihak Berkuasa Sains Kesihatan telah melanjutkan penggunaan vaksin jenis Moderna’s Spikevax Covid-19…

Read More

Keadilan tertangguh, keadilan terabai

PUTRAJAYA 25 Ogos –  Perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan Najib Razak mengambil masa terlalu panjang (empat tahun) sehingga menyebabkan banyak kes rasuah ahli politik lain tertangguh. Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad berkata kes berkenaan boleh disamakan dengan pepatah Inggeris “Justice delayed is justice denied’ yang diterjemahkan sebagai ‘keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang terabai’. “Kerana kes SRC Najib mengambil masa yang amat panjang banyaklah kes pencurian, salah guna kuasa, rasuah yang membabitkan ramai tokoh politik tertangguh dan tidak dihadapkan ke mahkamah. “Ada penjenayah yang meninggal…

Read More