Thailand catat sedikit penurunan kes

BANGKOK 25 Ogos – Jumlah kes harian Covid-19 yang dilaporkan hari ini menunjukkan sedikit penurunan iaitu 2,002 termasuk satu kes di penjara berbanding 2,062 yang direkodkan semalam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula adalah sebanyak 4,641,263 kes.

Dalam tempoh yang sama, sejumlah 29 lagi meninggal dunia berbanding 28 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 32,138 kematian sejak Covid-19 melanda.

Sebanyak 1,742 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada 4,591,063 orang telah pulih sementara  18,062 orang mendapatkan rawatan berbanding 17,831 semalam .

Kadar vaksinasi pula menunjukkan peningkatan iaitu 142,546,210 berbanding 142,515,148 pada hari sebelumnya.

Related posts

Leave a Comment