Najib akhirnya dipenjarakan

PUTRAJAYA 23 Ogos – Akhirnya bekas Perdana Menteri, Najib Razak terpaksa menjalani hukuman penjara berkuat kuasa mulai hari ini selepas rayuannya ditolak. Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Beliau berkata sabitan itu selamat bagi semua tujuh pertuduhan dan…

Read More

Taktik berniat jahat ganggu prosiding

PUTRAJAYA 23 Ogos – Permohonan Najib Razak, supaya Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya, adalah satu lagi taktik berniat jahat untuk mengganggu prosiding. Timbalan Pendakwa Raya Kanan, V Sithambaram, juga mempersoalkan mengapa pihak pembelaan tidak memfailkan permohonan awal lagi berhubung perkara itu sedangkan sudah mengetahui mengenai hantaran di laman Faceebook oleh Zamani Ibrahim, yang didakwa Najib sebagai suami Tengku Maimun, pada 17 Ogos lalu. Malah, katanya, hantaran itu diterbitkan pada 11 Mei 2018, justeru, pihak pembelaan sudah tentu sudah mengetahui mengenainya lebih awal…

Read More

Selamat kembali dari Turkiye

SEPANG 23 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air, hari ini selepas mengadakan lawatan negara selama lapan hari ke Turkiye, bermula 15 Ogos lalu. Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada kira-kira pukul 10.30 pagi. Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri  Ismail Sabri Yaakob dan isteri Muhaini Zainal Abidin. Antara menteri Kabinet yang…

Read More

Najib mahu Maimun tari diri

PUTRAJAYA 23 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mahu panel hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu ditetapkan untuk mendengar rayuan akhirnya bagi mengetepikan tujuh tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapinya. Permohonan itu berdasarkan maklumat baharu membabitkan suami Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat. Najib melalui notis usulnya difailkan semalam memohon supaya  yang mempengerusikan panel lima hakim, menarik diri daripada mendengar rayuan berkenaan, kerana mendakwa suami pengerusi panel terbabit menerbitkan hantaran di laman Facebook berhubung dirinya. Turut bersidang dalam rayuan akhir itu ialah Hakim Besar…

Read More

Rugi RM261,000 ditipu ‘pelaburan’

JOHOR BAHRU 24 Ogos – Seorang jurutera warga tempatan berusia 40 tahun menanggung kerugian RM261,000 setelah diperdaya penipuan bagi pulangan pelaburan kupon tidak wujud, awal bulan lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu kelmarin. Jurutera itu memaklumkan, dia berkenalan dengan suspek iaitu seorang lelaki tempatan menerusi aplikasi Tinder pada awal Julai lalu. Pada pertengahan bulan sama, mangsa diperdayakan untuk membeli kupon yang dijual oleh…

Read More

Bajet pemulihan pasca Covid-19

PUTRAJAYA 23 Ogos  – Kerajaan akan memastikan Bajet 2023 dirangka berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat meliputi segenap lapisan masyarakat dengan tumpuan kepada pemulihan pasca Covid-19. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, antara tumpuan ialah pemulihan dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan mempertingkatkan pendapatan rakyat serta kelangsungan perniagaan. Dalam menghadapi ketidaktentuan global, Bajet 2023 memberi tumpuan kepada golongan rakyat yang memerlukan bantuan, dengan menambah baik sistem perlindungan sosial serta meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat melalui perkhidmatan kesihatan dan pendidikan berkualiti. “Kerajaan turut memberi tumpuan kepada persekitaran hidup yang selamat dan selesa…

Read More

Fauci bersara Disember

PAKAR penyakit berjangkit Dr Anthony Fauci, 81 yang menjadi jurucakap kerajaan Amerika Syarikat ketika pandemik Covid-19, akan bersara Disember ini. Ketua Institut Kebangsaan Alergi dan Penyakit Berjangkit (NIAID) sejak 1984 dan akan bersara selepas lima dekad berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Selain berkhidmat sebagai jurucakap Covid-19, Fauci juga merupakan penasihat kesihatan kepada Presiden Joe Biden. Katanya, beliau akan meninggalkan kedua-dua jawatannya bagi meneruskan fasa lain dalam kariernya. Beliau merupakan pakar yang memberikan taklimat harian ketika Covid-19 melanda pada 2020. Bagaimanapun, di bawah bekas Presiden Donald Trump, Fauci seringkali diketepikan kerana perbezaan…

Read More

Tidak gopoh tukar cuti hujung minggu

JOHOR BAHRU 23 Ogos – Semua faktor berkaitan cadangan menukar semula cuti hujung minggu negeri ini kepada Sabtu dan Ahad akan diteliti sebelum keputusan muktamad dibuat, titah Sultan Ibrahim Iskandar. Titah Sultan Johor, baginda tidak akan tergesa-gesa dalam membuat keputusan berhubung cadangan kerajaan Johor itu. “Saya tidak ingin gopoh dalam membuat keputusan. Cadangan kerajaan itu akan saya teliti setiap sudut baik buruknya, dan pandangan semua pihak akan diambil kira serta diperhalusi. Tidak payah kecoh-kecoh atau dipolitikkan. “Buat masa ini, saya mahu kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi Johor serta…

Read More

BN perlu 16 kerusi Parlimen di Perak

IPOH 23 Ogos – Barisan Nasional (BN) Perak diharap dapat menyumbang 16 kerusi Parlimen bagi membolehkan parti itu membentuk sebuah kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengarah Pilihan Raya BN,  Mohamad Hasan. Pada masa yang sama katanya, BN juga perlu menambah sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di samping mengekalkan 27 kerusi yang telah dimenangi bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh pada PRU15 nanti. “Kita ingin tubuh kerajaan di Perak dengan majoriti selesa. Jadi saya nasihatkan semua, supaya ketepikan kepentingan peribadi dan salah faham. Keutamaan kita adalah menang di…

Read More