Fauci bersara Disember

PAKAR penyakit berjangkit Dr Anthony Fauci, 81 yang menjadi jurucakap kerajaan Amerika Syarikat ketika pandemik Covid-19, akan bersara Disember ini.

Ketua Institut Kebangsaan Alergi dan Penyakit Berjangkit (NIAID) sejak 1984 dan akan bersara selepas lima dekad berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Selain berkhidmat sebagai jurucakap Covid-19, Fauci juga merupakan penasihat kesihatan kepada Presiden Joe Biden.

Katanya, beliau akan meninggalkan kedua-dua jawatannya bagi meneruskan fasa lain dalam kariernya.

Beliau merupakan pakar yang memberikan taklimat harian ketika Covid-19 melanda pada 2020.

Bagaimanapun, di bawah bekas Presiden Donald Trump, Fauci seringkali diketepikan kerana perbezaan pendapat.

Namun, beliau meneruskan saranan kepada penduduk awam berkaitan pencegahan Covid-19, termasuk keperluan memakai pelitup muka di tempat awam.

Peranan Fauci kemudian diangkat ke tahap lebih tinggi di bawah pentadbiran Joe Biden.

Related posts

Leave a Comment