2,798 kes baharu Covid-19 di Malaysia

PUTRAJAYA 21 Ogos – Jangkitan kes baharu Covid-19 semalam terus menunjukkan penurunan dengan merekodkan 2,798 kes termasuk lima kes import berbanding 3,490 yang dilaporkan kelmarin.

Dengan perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sejak pandemik bermula meningkat kepada 4,755,288.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian pula meningkat kepada 36,136 termasuk enam yang meninggal dunia semalam sementara jumlah kes aktif pula sebanyak 40,890 di mana 39,417 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu Selangor merekodkan kes harian tertinggi semalam dengan mencatatkan 836 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 570, Sabah 262, Perak 222, Negeri Sembilan 161, Melaka 129 dan Pulau Pinang 111.

Negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 pula adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya 94, Sarawak 90, Kedah 86, Johor 78, Pahang 74, Kelantan 37, Terengganu 34, Perlis 9 dan Wilayah Persekutuan Labuan 5.

Related posts

Leave a Comment