Anugerah Merdeka bukan sekadar pengiktirafan

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, Anugerah Merdeka bukan sekadar mengiktiraf individu dengan pencapaian cemerlang, malah bermatlamat memupuk semangat perintisan dalam kalangan golongan muda di Malaysia untuk membantu memacu kemajuan negara. Titah baginda, anugerah ini juga bermatlamat memajukan hasil kerja penerima anugerah dan meningkatkan impaknya terhadap sosial, ekonomi dan persekitaran. “Ini amat penting ketika kita bergerak ke arah masa depan di mana penyelidikan dan pembangunan saintifik inovatif serta pengetahuan teknologi, dirangsang generasi akan datang yang akan memberi kelebihan kompetitif pada kita,” titah baginda pada…

Read More

Thailand catat 2,110 kes baharu Covid-19

BANGKOK 19 pOgos – Thailand merekodkan 2,110 kes baharu Covid-19, kesemuanya kes tempatan dalam tempoh 24 jam berbanding 2,143 kes pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 4,630,310. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, dalam tempoh yang sama, sebanyak 27 lagi  individu meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding sebelumnya 29 kematian. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula sehingga hari ini adalah 4,630,310 manakala jumlah kematian pula meningkat kepada 31,971 orang termasuk 27 kes baharu. Sebanyak 20,048 orang pesakit sedang mendapatkan rawatan di hospital manakala 2,028 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,578,291…

Read More

5 projek tebatan banjir RM4.7 bilion

SHAH ALAM 19 Ogos – Kerajaan berharap peruntukan sebanyak RM6.3 bilion bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan fasiliti penyampaian perkhidmatan di Selangor dapat mengelakkan kejadian banjir buruk di Selangor berulang. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan tersebut disediakan di bawah Rolling Plan Kedua tahun 2022, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) termasuk lima projek tebatan banjir  dengan peruntukan sebanyak RM4.7 bilion. “Usaha ini akan disegerakan bagi mengelak kejadian banjir teruk yang menjejaskan kesejahteraan penduduk, ekonomi negeri dan negara berulang lagi,” kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan program Aspirasi Keluarga Malaysia 2022…

Read More

Rundingan tiga pihak positif

KYIV: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan rundingan dengan Presiden Turkiye dan Ukraine semalam bagi membincangkan mengenai inisiatif mengakhiri konflik Ukraine dengan Russia. Rundingan turut diadakan bagi menyelamatkan stesen jana kuasa nuklear terbesar di Eropah yang diserang sebelum ini. Rundingan membabitkan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy. Melalui hantaran di Facebooknya, Erdogan berkata, rundingan tiga pihak itu  menunjukkan perkembangan positif bagi menghidupkan semula rundingan damai dengan Russia yang berlaku di Istanbul pada Mac lalu. “Secara peribadi, saya kekal percaya bahawa perang…

Read More

Bicara kes rayuan Najib sambung Selasa

PUTRAJAYA 19 Ogos –  Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sekali lagi enggan melayani permintaan ketua pembelaan Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik untuk penangguhan rayuan utama bekas Perdana Menteri itu. Hisyam petang ini sekali lagi bangkit memohon penangguhan sehingga ke Khamis hadapan sejurus selepas ketua pendakwaan V Sithambaram selesai dengan hujahan lisannya. Menurut Hisyam, beliau perlu menghadiri satu lagi kes melibatkan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada minggu hadapan, tetapi alasan itu tidak diterima Tengku Maimun. “Seperti mana yang kami (panel lima…

Read More

Kutty : Mahathir saman Zahid

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu ‘kutty’. Dr Mahathir dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Ahmad Zahid telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017. Kenyataan itu diterbitkan semula di YouTube Astro AWANI dan beberapa portal berita dalam talian, yang boleh diakses oleh pengguna Internet tanpa sebarang sekatan. Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, kenyataan fitnah tersebut antaranya membawa maksud bahawa beliau bukan dilahirkan sebagai…

Read More

Kes harian Covid-19 cecah 4,071

PUTRAJAYA 19 Ogos – Kes harian Covid-19 di negara ini kembali melepasi 4,000 kes dengan merekodkan 4,071 termasuk dua kes import berbanding 3,516 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan adalah 4,749,000. Menerusi laman sesawang COVIDNOW, data menunjukkan setakat ini terdapat sebanyak 42,476 kes aktif dan daripada jumlah itu 96.1 peratus atau 40,826 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah. Sebanyak 1,542 kes atau 3.6 peratus berada di hospital,  27 sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 81 di unit rawatan rapi (ICU) dengan 45 daripadanya memerlukan alat…

Read More

Najib tamatkan khidmat firma guaman

PUTRAJAYA 19 Ogos – Selepas gagal menarik diri semalam, situasi berubah hari ini apabila Mahkamah Persekutuan diberitahu bahawa peguam cara, firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) diberhentikan khidmat bagi mewakili bekas Perdana Menteri Najib Razak. Peguam utama Najib , Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan perkara itu sebelum hujahan pendakwaan disambung. Sehubungan itu, panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat meneruskan prosiding rayuan akhir dengan mendengar sambungan hujahan pendakwaan. Pihak pendakwaan yang diketuai, Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram akan menyambungkan penghujahan…

Read More