Thailand catat 2,110 kes baharu Covid-19

BANGKOK 19 pOgos – Thailand merekodkan 2,110 kes baharu Covid-19, kesemuanya kes tempatan dalam tempoh 24 jam berbanding 2,143 kes pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 4,630,310.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, dalam tempoh yang sama, sebanyak 27 lagi  individu meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding sebelumnya 29 kematian.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula sehingga hari ini adalah 4,630,310 manakala jumlah kematian pula meningkat kepada 31,971 orang termasuk 27 kes baharu.

Sebanyak 20,048 orang pesakit sedang mendapatkan rawatan di hospital manakala 2,028 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,578,291 telah pulih daripada Covid-19.

Bagi program vaksinasi pula, setakat ini sebanyak 142,324,408 dos telah diberikan kepada rakyat negara itu.

Sementara itu, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) menyatakan situasi Covid-19 di Thailand semakin baik berikutan jangkitan baharu di semua wilayah semakin berkurangan.

Menurut CCSA, Thailand sedang menghampiri “peringkat pasca-pandemik”, yang dijangka bermula pada September – Oktober 2022, di mana tumpuan kepada kesihatan awam dan terus memantau varian baharu.

Ini diikuti peringkat seterusnya pada November – Disember 2022, di mana lebih banyak kelonggaran akan dilaksanakan.

Related posts

Leave a Comment