Kes harian Covid-19 cecah 4,071

PUTRAJAYA 19 Ogos – Kes harian Covid-19 di negara ini kembali melepasi 4,000 kes dengan merekodkan 4,071 termasuk dua kes import berbanding 3,516 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan adalah 4,749,000.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, data menunjukkan setakat ini terdapat sebanyak 42,476 kes aktif dan daripada jumlah itu 96.1 peratus atau 40,826 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Sebanyak 1,542 kes atau 3.6 peratus berada di hospital,  27 sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 81 di unit rawatan rapi (ICU) dengan 45 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini, peratusan penggunaan ICU di negara ini berada pada tahap 62.5 peratus, bagaimanapun peratusan yang digunakan oleh pesakit Covid-19 adalah 21.7 peratus.

Setakat semalam terdapat tujuh kematian termasuk satu di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan sehingga kini jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada 36,124 dengan 7,677 adalah kematian sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 3,289 kes dilaporkan semalam sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang sudah sembuh adalah 4,670,400 kes.

Sementara itu Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,456 berbanding 893 kelmarin dan 1,082 pada hari sebelumnya.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 728 (878)  Negeri Sembilan 320 (193), Sabah 281 (318), Perak 275 (296), Sarawak 182 (107), Melaka 152 (164) Pulau Pinang 143 (123), Johor 117 (112) dan Pahang 100 (83).

Negeri lain yang merekodkan di bawah 100 kes adalah Kedah 91 (92), Kelantan 77 (78), Wilayah Persekutuan Putrajaya 74 (95), Terengganu 59 (59), Wilayah Persekutuan Labuan 10 (8) dan Perlis 6 (17).

Related posts

Leave a Comment