29 kes import Singapura

SINGAPURA melaporkan 29 kes baharu Covid-19 pada Sabtu (9 Januari ), semuanya kes import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di republik itu.

Empat rakyat Singapura dan seorang penduduk tetap yang pulang dari India, Indonesia, Sweden dan Britain merupakan dalam kalangan kes import hari ini.

Tiga kes merupakan pemegang pas tanggungan yang tiba dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) India dan Maldives.

Selain itu, terdapat 13 pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia dan Myanmar. Tiga daripada mereka adalah pembantu rumah asing.

Lima kes melibatkan pemegang pas kerja yang tiba dari India dan Emiriyah Arab Bersatu.

Seorang pemegang pas jangka pendek, seorang penduduk tetap Singapura yang tiba dari India untuk melawat pasangannya, juga merupakan dalam kalangan kes Covid-19 hari ini.

Kes terakhir merupakan seorang kru kapal yang tiba dari Indonesia dan menjalani ujian swab sebaik tiba di sini. Dia dibawa ke hospital apabila keputusan ujiannya adalah positif.

Kementerian Kesihatan juga menyatakan bahawa ia sudah selesai menjalankan ujian khas bagi 234 kakitangan Crowne Plaza Lapangan Terbang Changi.

Pada Jumaat (8 Jan), MOH menyatakan bahawa ia menutup hotel itu selama dua minggu di tengah-tengah siasatan berhubung tiga kes Covid-19 yang bertugas di sana.

Related posts

Leave a Comment