6,270 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 5 Ogos – Sebanyak 6,270 kes baharu Covid-19 direkodkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 6,048 jangkitan tempatan dan 222‬ ‬kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,749,144 manakala tiga kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,534 orang meninggal dunia setakat ini. Daripada jumlah kes baharu ini, sebanyak 5,571 pesakit – 5,386 kes tempatan dan 185 import.adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 699 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR…

Read More

Wanita pertama dijangkiti cacar monyet

BANGKOK 5 Ogos – Thailand merekodkan kes keempat cacar monyet dan kali pertama melibatkan golongan wanita tempatan berusia 22 tahun. Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata wanita itu mengalami simptom seperti demam dan ruam di badan pada 29 Julai. Wanita itu dilaporkan mengunjungi  pusat hiburan yang popular dalam kalangan pelancong  di Bangkok sebelum disahkan positif wabak berkenaan dan pihak berkuasa kesihatan meningkatkan pengesanan kontak rapat. Pesakit telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Samut Prakan pada Rabu, dan kini sedang menerima rawatan lanjut di Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura.…

Read More

Castle of Fruits tawar 11,111 produk

CASTLE of Fruits’ menawarkan 11,111 produk jualan meliputi buah-buahan, sayur-sayuran, florikultur dan input pertanian sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang berlangsung sehingga 14 Ogos. Bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) ‘Castle of Fruits’ yang membawa tema Istana Kenangan Perak itu membabitkan 99 lot jualan dan penyertaan 82 usahawan. Laman ini menawarkan kepelbagaian produk agromakanan secara terus kepada pengguna dan pada masa sama FAMA akan melaksanakan aktiviti promosi buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan bagi meningkatkan penggunaan per kapita. Untuk edisi tahun ini ‘Castle of Fruits’…

Read More

Covid-19: 34 lagi kematian di Thailand

BANGKOK 5 Ogos – Kementerian Kesihatan Awam melaporkan sebanyak 34 lagi kematian akibat Covid-19 dan 2,253 kes baharu dimasukkan ke hospital semalam berbanding 29 meninggal dunia dan 2,166 kes pada Rabu. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,248 melibatkan penduduk awam dan lima dalam kalangan banduan. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,600,978 dan 31,526 telah meninggal dunia termasuk 9,828norang tahun ini. Sehingga tengah malam Khamis, sebanyak 21,113 pesakit mendapatkan rawatan termasuk 11,908 di hospital, 241 di fasiliti hospital dan 8,895 di rumah atau pengasingan komuniti. Daripada jumlah…

Read More

685 lagi pesakit sembuh di Brunei

BERAKAS 5 Ogos – Jumlah kes sembuh menunjukkan peningkatan apabila 685 lagi pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 208,676 kes. Menurut info grafik Kementerian Kesihatan, sebanyak satu kes dilaporkan dalam Kategori 4 iaitu kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Tiada kes bagi Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) Mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 75.4 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 7.5 peratus dengan empat dos. Sebanyak 80.7 peratus kanak-kanak berusia…

Read More

Rakyat Malaysia teramai ke Thailand

BANGKOK 5 Ogos – Dalam tempoh tujuh bulan, sejak pembukaan semula sempadan, Thailand merekodkan kehadiran tiga juta pelancong. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), pembukaan semula sempadan kepada pelawat dilakukan secara berperingkat sehingga keadaan lebih baik. Mengikut rekod, sejak 1 Januari hingga 31 Julai 2022, Thailand mencatatkan . 3,150,303 plawat dengan menjana pendapatan sebanyak 1.57 bilion baht. Lima negara yang merekodkan kemasukan pelawat tertinggi adalah  Malaysia 425,289 orang; India 333,973; Singapura 183,716; United Kingdom 161,780 dan Amerika Syarikat 146,891. Sebelum ini, Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), dengan strategi baharu dan…

Read More

Guang Eng desak sidang khas DUN

GEORGETOWN 5 Ogos – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendesak sidang khas tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan bagi menentukan status kerusi disandang dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipecat daripada PKR. ADUN Air Putih berkata, sidang itu perlu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Rabu lalu, yang memihak kepada kesahihan keperlembagaan undang-undang antilompat parti Pulau Pinang yang digubal pada 2012. Menurutnya, Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang yang dipinda pada 2012 memperuntukkan ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya meletakkan jawatan, dipecat atau berhenti menjadi ahli parti setelah dipilih sebagai calon…

Read More

Kepercayaan songsang punca vaksinasi rendah

IPOH 5 Ogos – Kepercayaan songsang terhadap berita tidak benar di media sosial, khususnya dari segi kesan mudarat berikutan imunisasi (AEFI) adalah antara punca kadar vaksinasi Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak masih rendah. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, mengikut rekod, kadar vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun masih di bawah 50 peratus. “Orang sekarang ni terlampau percaya kepada apa yang ada di media sosial. Kita dah beritahu lama dah, kalau tak jelas jangan kongsi. Tapi semua orang nak jadi pemberita yang pertama yang sampaikan maklumat. “Sesuatu berita…

Read More

Latihan China di Taiwan jejas penerbangan

LATIHAN ketenteraan China yang merangkumi hampir keseluruhan Taiwan, didakwa menjejaskan penerbangan komersial dan perjalanan antara Asia Tenggara serta Timur Laut Asia. Menurut laporan media, beberapa syarikat membatalkan lebih 400 penerbangan ke Taipei dan mengalihkan 18 laluan penerbangan lain bagi mengelakkan ruang udara berkenaan. Laluan berkenaan ditutup kepada penerbangan komersial susulan peningkatan aktiviti ketenteraan selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi, ke Taiwan. China mengerahkan sejumlah besar pesawat dan menembak peluru hidup berdekatan Taiwan semalam, ketika melaksanakan latihan ketenteraan terbesarnya di Selat Taiwan, yang dijadualkan berterusan sehingga tengah…

Read More