Covid-19: 34 lagi kematian di Thailand

BANGKOK 5 Ogos – Kementerian Kesihatan Awam melaporkan sebanyak 34 lagi kematian akibat Covid-19 dan 2,253 kes baharu dimasukkan ke hospital semalam berbanding 29 meninggal dunia dan 2,166 kes pada Rabu.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,248 melibatkan penduduk awam dan lima dalam kalangan banduan.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,600,978 dan 31,526 telah meninggal dunia termasuk 9,828norang tahun ini.

Sehingga tengah malam Khamis, sebanyak 21,113 pesakit mendapatkan rawatan termasuk 11,908 di hospital, 241 di fasiliti hospital dan 8,895 di rumah atau pengasingan komuniti.

Daripada jumlah itu, sebanyak 911 dalam keadaan kritikal dan 482 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,483 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 4,548,339 orang pulih.

Related posts

Leave a Comment