Rakyat Malaysia teramai ke Thailand

BANGKOK 5 Ogos – Dalam tempoh tujuh bulan, sejak pembukaan semula sempadan, Thailand merekodkan kehadiran tiga juta pelancong.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), pembukaan semula sempadan kepada pelawat dilakukan secara berperingkat sehingga keadaan lebih baik.

Mengikut rekod, sejak 1 Januari hingga 31 Julai 2022, Thailand mencatatkan . 3,150,303 plawat dengan menjana pendapatan sebanyak 1.57 bilion baht.

Lima negara yang merekodkan kemasukan pelawat tertinggi adalah  Malaysia 425,289 orang; India 333,973; Singapura 183,716; United Kingdom 161,780 dan Amerika Syarikat 146,891.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), dengan strategi baharu dan kempen menyasarkan kemasukan 30 juta pelancong yang diharapkan dapat menjana 2.38 trillion baht menjelang 2023.

Related posts

Leave a Comment