6,270 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 5 Ogos – Sebanyak 6,270 kes baharu Covid-19 direkodkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 6,048 jangkitan tempatan dan 222‬ ‬kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,749,144 manakala tiga kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,534 orang meninggal dunia setakat ini.

Daripada jumlah kes baharu ini, sebanyak 5,571 pesakit – 5,386 kes tempatan dan 185 import.adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 699 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 662 adalah jangkitan tempatan, manakala 37 adalah kes import.

Sementara itu seramai 659 pesakit masih dirawat di hospital, di mana 52 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 18 dipantau rapi di ICU manakala 10,265 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment