Castle of Fruits tawar 11,111 produk

CASTLE of Fruits’ menawarkan 11,111 produk jualan meliputi buah-buahan, sayur-sayuran, florikultur dan input pertanian sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang berlangsung sehingga 14 Ogos.

Bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) ‘Castle of Fruits’ yang membawa tema Istana Kenangan Perak itu membabitkan 99 lot jualan dan penyertaan 82 usahawan.

Laman ini menawarkan kepelbagaian produk agromakanan secara terus kepada pengguna dan pada masa sama FAMA akan melaksanakan aktiviti promosi buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan bagi meningkatkan penggunaan per kapita.

Untuk edisi tahun ini ‘Castle of Fruits’ bakal mengetengahkan buah-buahan dari keluarga ‘artocarpus’ seperti nangka, cempedak dan sukun sebagai ‘Fruits of Events’.

Orang ramai juga boleh mendapatkan pelbagai produk hiliran berasaskan nangka seperti tart nangka yang menggunakan resipi sejak 1916, nuget, kerepek dan burger nangka dan satu ‘showcase’ pelbagai buah dari keluarga ‘artocarpus’ juga akan diadakan.

Untuk rekod, nangka dan cempedak mendapat permintaan tinggi di pasaran susulan peningkatan jumlah pengeluarannya pada tahun 2020 sebanyak 60,093 metrik tan berbanding 59,174 metrik tan pada 2019.

Related posts

Leave a Comment