KLANG 15 Nov. – Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka ke-16 memberi isyarat bahawa kerjasama antara gabungan politik menjadi penentu kejayaan membentuk kerajaan. Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Amirudin Shari, berkata peningkatan sokongan pengundi semata-mata belum mencukupi. Menteri Besar Selangor itu berkata, perkembangan awal keputusan PRU DUN Melaka menunjukkan peningkatan sokongan yang positif, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu dan anak muda. “Ada beberapa pertambahan yang agak positif dalam parti-parti, khususnya undi Melayu yang boleh kita bincangkan. Tetapi belum cukup kerana ia bukan soal gabungan atau…
Read MoreDay: November 15, 2026
Pencalonan PPP perlu dipersetujui MIC
KUALA LUMPUR 15 Nov. – Pencalonan wakil Parti Progresif Penduduk (PPP) bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan dilakukan selepas dipersetujui MIC, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau menjelaskan hasrat BN meletakkan calon parti komponennya, PPP bertanding akan dibuat selepas mendapat persetujuan Presiden MIC, SA Vigneswaran dan Timbalannya, M Saravanan. Ahmad Zahid berkata, beliau amat menghormati Presiden PPP, Dr Loga Bala Mohan yang disifatkannya cekal untuk terus mewujudkan PPP dalam BN. “Saya berazam, atas persetujuan Tan Sri Viki (Vigneswaran) dan Datuk Seri Saravanan, dalam PRU…
Read MoreBN tidak sertai PRU DUN Sarawak
KUALA LUMPUR 15 Nov. – Barisan Nasional (BN) mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak Ke-13, bulan depan. Pengerusinya, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata gabungan itu mempunyai persefahaman dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dan tidak pernah berhasrat meletakkan calon di mana-mana kawasan DUN di Sarawak. “BN tidak ada niat untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN di Sarawak kerana inilah persefahaman antara UMNO dan PBB. UMNO dan BN tidak pernah berhasrat untuk meletakkan mana-mana calon dalam PRN di Sarawak,” katanya. Beliau berkata demikian…
Read MorePKR teliti tahap kesiapsiagaan jentera, calon
KUALA LUMPUR 15 Nov. – Tahap kesiapsiagaan jentera dan calon dalam mendepani kempen pilihan raya antara perkara yang akan diteliti menerusi proses bedah siasat parti susulan prestasi kurang memberangsangkan PKR pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka ke-16 semalam. Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil, berkata kelemahan kesiapsiagaan jentera di lapangan, khususnya di kawasan luar bandar, antara aspek yang perlu diberi perhatian. Katanya, wujud pandangan awal bahawa jentera parti di kawasan bandar lazimnya lebih kukuh dan bersedia, berbanding di luar bandar. “Ini satu pengalaman. Kita mengambil…
Read MoreRauf dilantik semula KM Melaka
AYER KEROH 15 Nov . – Dr Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Dr Mohd Ali Mohd Rustam, pada istiadat di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Seri Negeri, di sini. Pengerusi BN Melaka itu meneruskan kepemimpinannya sebagai Ketua Menteri Melaka bagi penggal kedua selepas kemenangan besar gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka ke-16 semalam. Istiadat berkenaan merangkumi pengurniaan surat cara pelantikan, angkat sumpah jawatan, taat setia dan…
Read MorePatik tak rela nukilan Hassan Karim
JOHOR BAHRU 15 Nov . – Sajak bertajuk ‘Patik Tak Rela’ nukilan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dari PKR menarik perhatian selepas dimuat naik menerusi Facebooknya semalam. Menerusi sajak itu, beliau yang dipercayai meluahkan rasa kecewa berhubung isu Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan sama ada tindakannya menyuarakan bantahan terhadap apa yang dianggapnya ketidakadilan boleh disifatkan sebagai derhaka. Hassan yang juga seorang peguam turut menyentuh prinsip keadilan yang perlu ditegakkan tanpa mengira kedudukan atau darjat seseorang, selain menyifatkan sikap berdiam diri terhadap ketidakadilan sebagai satu bentuk persubahatan. “Ampun Tuanku,…
Read MoreBerita pilihan….
Jerebu: Segerakan pusat penyelarasan
MANILA – Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Pasay City, semalam, menggesa pengoperasian pusat penyelarasan untuk kawalan pencemaran jerebu rentas sempadan blok serantau itu dipercepatkan. Gesaan terbaru itu dibuat susulan peningkatan kebimbangan terhadap pencemaran jerebu teruk yang melanda beberapa negara Asia Tenggara, baru-baru ini. Kebakaran hutan meluas di Indonesia telah mencetuskan jerebu teruk yang merebak hingga ke Filipina menyebabkan sesi persekolahan dibatalkan pada separuh kedua tahun ini. Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Ma Theresa Lazaro, berkata Indonesia memaklumkan pada mesyuarat berkenaan bahawa negara itu sedang mengambil tindakan dan berusaha sedaya upaya…
Read MoreBersama paling ramai hilang deposit
KUALA LUMPUR 15 Nov. – Parti Bersama Malaysia (Bersama) mencatatkan jumlah calon paling ramai kehilangan wang deposit apabila 15 daripada 16 calon yang bertanding atas tiket parti itu gagal memperoleh undi minimum ditetapkan. Sebanyak 26 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka ke-16. Selain Bersama, lima calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga gagal memberikan impak pada PRN kali ini apabila lima calon kehilangan wang deposit daripada tujuh kawasan yang ditandingi Dalam pada itu Pakatan Harapan…
Read MoreNama bank pada skrin telefon
MOSCOW – Dalam usaha membanteras penipuan, nama institusi perbankan akan mula terpapar pada skrin telefon bimbit penerima apabila mereka menerima panggilan daripada beberapa bank utama di Rusia. Menurut Kementerian Pembangunan Digital, Komunikasi dan Media Massa Rusia, empat pengendali telekomunikasi terbesar dan bank utama mencapai persetujuan mengenai syarat pelabelan identiti pemanggil serta menandatangani kontrak yang diperlukan. Menerusi aturan itu, nama bank akan tertera pada skrin telefon pintar apabila panggilan masuk dibuat oleh pihak bank berkenaan, sekali gus membantu penerima mengenal pasti pemanggil dan mengurangkan risiko penipuan oleh individu yang menyamar sebagai kakitangan institusi…
Read More