RIYADH – Sebuah bangunan pentadbiran milik syarikat minyak Aramco di bandar Dhahran, Arab Saudi, menjadi sasaran serangan Kumpulan Houthi, beberapa jam selepas gabungan tentera pimpinan Arab Saudi menyerang kemudahan minyak di Sanaa, Yaman. Bagaimanapun menurut Kementerian Tenaga Arab Saudi, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan walaupun berlaku kebakaran. Terdahulu, jurucakap Houthi, Yahya Saree, memberi amaran supaya pekerja dan orang awam menjauhi kemudahan minyak Arab Saudi yang disifatkan sebagai “sasaran sah” sekiranya serangan diteruskan di Yaman. Gabungan pimpinan Arab Saudi sebelum itu mengarahkan orang awam mengosongkan kawasan stesen minyak utama milik Yemeni…
Read More