Kes jangkitan harian turun

PUTRAJAYA 12 Julai – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan penurunan apabila merekodkan 2,413 kes baharu semalam berbanding 3,264 yang dilaporkan kelmarin.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, empat daripadanya merupakan kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,598,391 kes

Sebanyak 35,758 kes aktif direkodkan dalam negara ketika ini, turun sebanyak 124 kes berbanding hari sebelumnya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 34,526 individu atau 96.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, 20 individu ditempatkan di PKRC manakala 1,164 pesakit dirawat di hospital dengan 48 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 25 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pada masa yang sama, lima kematian termasuk dua kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) dicatat di Pulau Pinang dan masing-masing satu kematian di Johor, Perak dan Selangor menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia setakat  ini adalah sebanyak 35,816.

Sebanyak 2,536 kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 juga dilaporkan semalam, menjadikan sejumlah 4,526,817 kes sudah pulih daripada wabak itu setakat ini.

Sementara itu, seramai 16,155,411 daripada populasi negara sudah mengambil dos penggalak pertama masing-masing, manakala seramai 167,242 sudah mengambil dos penggalak kedua.

 

 

 

Related posts

Leave a Comment