Presiden Sri Lanka dipilih Rabu

COLOMBO: Parlimen Sri Lanka akan bersidang semula pada Jumaat ini seterusnya mengundi untuk memilih presiden baharu pada 20 Julai, kata Speakernya, Mahinda Yapa Abeywardena.

Dalam kenyataannya, speaker memaklumkan, Presiden Gotabaya Rajapaksa, yang meninggalkan kediamannya akan meletakkan jawatan pada Rabu ini.

Selepas penunjuk perasaan menyerbu kediaman presiden dan perdana menteri, kedua-dua pemimpin itu menawarkan untuk meletak jawatan di tengah kegawatan ekonomi.

“Semasa mesyuarat pemimpin parti yang diadakan pada 11 Julai the dipersetujui bahawa ini penting untuk memastikan pemerintah baru melibatkan semua parti  diwujudkan mengikut Perlembagaan,” kata kenyataan itu.

Semalam, Presiden meninggalkan kediamannya ke satu lokasi yang tidak diketahui dan penunjuk perasaan menjumpai  wang tunai 17.85 juta rupee (RM995,297) wang kertas baharu.

Sumber rasmi berkata, beg pakaian yang penuh dengan dokumen turut ditinggalkan di kediamannya.

Rajapaksa menetap di bangunan kediaman berusia dua abad itu selepas dihalau keluar dari rumah persendiriannya pada 31 Mac apabila penunjuk perasaan cuba menyerbu masuk.

Pemimpin berusia 73 tahun itu melarikan diri melalui pintu belakang dengan kawalan anggota tentera laut dan dibawa pergi dengan bot menuju timur laut pulau itu, kata sumber rasmi kepada.

Related posts

Leave a Comment