Berusaha satukan Melayu bukan kejar PM

SEPANG 17 Sept.  – Parti politik perlu memenangi 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) bagi membolehkan calonnya menjadi Perdana Menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau kurang faham kenapa ramai berebut-rebut untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

“Untuk menang 112 kerusi partinya perlu letak lebih dari 112. Parti lain pun akan letak calon melawan partinya.

Tidak mungkin partinya menang 112 kerusi. Tidak mungkin calon Perdana Menteri jadi Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir menasihatkan, tidak perlu berebut-rebut untuk menjadi calon Perdana Menteri sebaliknya
berusahalah untuk Melayu bersatu.

“Hanya jika Melayu bersatu sahaja baharulah kemenangan boleh dicapai. Setelah menang barulah pilihan Perdana Menteri dibuat” katanya.

Setelah menang, semua yang berbakat boleh bertanding untuk jadi Perdana Menteri.

Nnn

Related posts

Leave a Comment