Shanghai kesan subvarian baharu

SHANGHAI: Usaha melawan penularan pandemik menerusi dasar ‘sifar Covid-19’ semakin kompleks apabila pihak berkuasa Shanghai mengesan kes Covid-19 membabitkan subvarian baharu, Omicron BA.5.2.1. Naib Pengarah Suruhanjaya Kesihatan bandar berkenaan, Zhao Dandan, berkata kes yang dikesan di daerah kewangan Pudong pada 8 Julai lalu itu, dikaitkan dengan kes dari luar negara. Shanghai keluar daripada arahan sekatan pada awal Jun lalu dan bertahan selama kira-kira dua bulan, dengan meneruskan arahan sekatan yang ketat, menutup bangunan dan kawasan sebaik sahaja rantaian transmisi berpotensi baharu muncul. “Bandar raya kami baru-baru ini terus melaporkan lebih…

Read More

22 kematian, 2,004 kes baharu di Thailand

BANGKOK 10 Julai – Thailand merekodkan 22 kematian dan 2,004 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 30,835 orang meninggal dunia manakala jumlah kes meningkat kepada 4,545,043. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kes baharu itu tidak termasuk 3,385 keputusan positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan menjadi 5,389 kes. Semalam, sebanyak 24,557 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 10,391 di hospital, 941 di kemudahan hospital dan 13,195 di sumah atau pusat pengasingan komuniti. Sebanyak 772 pesakit dalam keadaan kritikal dengan 352 bergantung kepada bantuan ventilator.…

Read More

Kemuncak kes menjelang September

BANGKOK 10 Julai – Jumlah kes Covid-19 di Thailand dijangka mencatatkan peningkatan mulai minggu depan dan akan mencapai kemuncak menjelang September, kata Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA). Jurucakap CCSA, Dr Taweesilp Visanuyothin, berkata kemungkinan lonjakan itu disebabkan pelonggaran langkah kawalan penyakit, termasuk menarik balik mandat pemakaian pelitup muka di beberapa tempat awam. CCSA bagaimanapun menjangkakan dengan vaksinasi berterusan dan jika orang ramai mematuhi saranan untuk mengelakkan kawasan sesak dan perhimpunan awam, jangkitan harian mungkin berkurangan mulai November. Justeru CCSA menggesa Kementerian Kesihatan menilai keadaan semasa bagi memastikan kemasukan ke hospital,…

Read More

Ditahan gara-gara senjata di pakaian

JOHOR BAHRU 10 Julai – Gara-gara membawa senjata berbahaya sebagai hiasan pakaian, seorang warga asing ditahan polis ketika hadir menunaikan solat sunat Aidiladha, di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini, pagi ini. Warga asing berusia 57 tahun itu ditahan selepas suspek hadir dengan sebilah pisau bersarung berukuran lebih kurang 33 sentimeter termasuk hulu terselit pada tali pinggangnya. Perbuatan itu dikesan sepasukan anggota yang mengadakan kawalan keselamatan di masjid berkenaan kira-kira pukul 8.45 pagi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan penahanan lelaki warga asing itu. “Hasil…

Read More

Agong, Permaisuri solat Aidiladha

  KUANTAN 10 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ribuan jemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan di sini. Keberangkatan tiba Seri Paduka pada pukul 8.20 pagi diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah disambut Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail. Turut berada di masjid barisan pentadbiran negeri dan Mufti Pahang, Dr Abdul Rahman Osman. Solat sunat itu dipimpin oleh imam besar masjid, Mohd Hafidz Suhailie yang…

Read More

Harapan korban kambing di masjid

SINGAPURA 10 Julai – Presiden Halimah Yacob berharap masjid setempat dapat menyambung semula upacara penyembelihan kambing korban setelah dunia bebas daripada wabak Covid-19 dan keadaan kembali tenang. Dalam catatannya di Facebook semalam, Halimah berkata, setiap tahun ramai yang melakukan ibadah korban, tetapi tahun ini dilakukan di Australia dan daging yang dibekukan akan dibawa masuk bagi mereka yang melakukan ibadah korban. “Penglibatan dalam ritual penyembelihan kambing di masjid- masjid, yang juga merupakan satu peluang bagi ibu bapa menerangkan dengan rapi kepada anak anak mereka ertinya pengorbanan dalam Islam, tidak dapat di…

Read More

Kerajaan pantau bantuan banjir Baling

KUALA LUMPUR 10 Julai – Kerajaan sedang memantau pelaksanaan bantuan yang diumumkan sebelum ini kepada mangsa banjir di Baling, Kedah terutama bantuan baik pulih rumah yang terjejas. Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob, berkata pemantauan itu bagi memastikan tidak berlaku kelewatan khususnya bantuan membabitkan pembaikan rumah. “Selepas banjir berlaku petang itu (4 Julai), pagi esoknya (5 Julai) kita umum beri bantuan tunai kepada mereka (mangsa), tetapi yang penting adalah rumah, apabila roboh perlu disegerakan dari segi pembinaan baharu atau baik pulih rumah. “Tempat tinggal itu yang paling penting, selain bantuan kewangan,”…

Read More

Semua jemaah Malaysia dibawa ke Arafah

MINA: Kesemua 14,306 jemaah haji Malaysia termasuk 26 pesakit berjaya dibawa ke Arafah untuk berwukuf pada 8 Zulhijjah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad. Beliau berkata sebanyak empat bas khas yang diubah suai disediakan untuk jemaah yang sakit dan uzur dari Pusat Kesihatan TH Syisyah, Mekah bersama 68 petugas perubatan dan dibantu 22 petugas Tabung Haji. “Pada tahun ini, Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usahanya bagi memastikan kesempurnaan ibadah haji bagi jemaah yang sakit dan uzur melalui pelaksanaan Safari Wukuf yang telah diperkenalkan sejak 2016.…

Read More