Agong, Permaisuri solat Aidiladha

 

KUANTAN 10 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ribuan jemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada pukul 8.20 pagi diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah disambut Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut berada di masjid barisan pentadbiran negeri dan Mufti Pahang, Dr Abdul Rahman Osman.

Solat sunat itu dipimpin oleh imam besar masjid, Mohd Hafidz Suhailie yang turut menyampaikan khutbah Aidiladha.

Selesai solat, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal berkenan menyaksikan ibadah korban yang di pekarangan masjid yang turut membabitkan lembu sumbangan Seri Paduka.

Related posts

Leave a Comment