Kes harian Covid-19 3,589

PUTRAJAYA 9 Julai – Jangkitan kes baharu Covid-19 turun kepada 3,589 kes semalam berbanding 4,020 pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,589,911.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, tiga daripadanya merupakan kes import.

Sebanyak 35,198 kes aktif Covid -19 direkodkan iaitu pertambahan 1,359 kes di mana 33,888 sedang menjalani kuarantin di rumah, 27 di PKRC, 1,241 di hospital dengan 42 di unit rawatan rapi (ICU) dan 25 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Enam kematian dilaporkan termasuk dua kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) di Melaka dan Selangor serta kes di Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah 35,801.

Sementara itu, Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,261 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,083, Perak 275, Negeri Sembilan 198, Sabah 176, Pulau Pinang 121,

Di bawah 100 kes adalah Melaka 97, Wilayah Persekutuan Putrajaya 74, Johor 69, Sarawak 59, Kedah 55, Pahang 46, Perlis 28, Kelantan 21, Wilayah Persekutuan Labuan 17 dan Terengganu 11.

Related posts

Leave a Comment