Konsep Tasamuh kekal perpaduan

PUTRAJAYA 9 Julai – Umat Islam perlu menjadikan semangat toleransi yang berasaskan konsep Tasamuh dalam Islam sebagai satu elemen penting untuk mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob  berkata, semangat toleransi dan sikap berlapang dada membolehkan rakyat untuk terus maju membangun dan mencegah diri daripada perbalahan yang hanya akan merugikan ummah. Nilai Tasamuh ini turut tersemat erat dalam urusan ibadah haji di mana ia tidak membezakan status dan darjat sesama insan, malah menggambarkan sebuah keluarga besar yang rukun, aman damai dan bersatu padu. “Kesanggupan berkorban harta…

Read More

PM Sri Lanka sedia letak jawatan

COLOMBO 9 Julai – Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe sedia meletak jawatan untuk memberi laluan kepada pemerintah perpaduan baharu selepas Presiden Gotabaya Rajapaksa melarikan diri dari kediaman rasminya. Menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri hari ini,  Wickremesinghe bersetuju dengan saranan pemimpin parti pembangkang supaya beliau berundur bagi memastikan keselamatan rakyat. Askar dan polis tidak dapat menahan orang ramai yang menuntut peletakan jawatan Presiden Gotabaya Rajapaksa, sedang kemarahan orang ramai memuncak terhadap krisis ekonomi terburuk negara itu dalam tujuh dekad. Penunjuk perasaan juga masuk ke Kementerian Kewangan dan pejabat presiden. Rajapaksa…

Read More

8,659 kes baharu Covid-19 di Singapura

SINGAPURA 10 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 8,659 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,523,881. Jumlah kes baru itu terdiri daripada 8,375 jangkitan tempatan dan 284 ‬kes import manakala satu kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,428 orang meninggal dunia. Menurut MoH, sebanyak 7,860 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes ini terdiri daripada  7,604 kes tempatan dan 256 kes…

Read More

Haji : 57 laporan, kerugian RM2.37 juta

KUALA LUMPUR 9 Julai – Polis menerima 57 laporan polis di seluruh negara berkaitan insiden 380 jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini, semalam. Ketua Setiausaha Polis Malaysia, Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata kesemua laporan polis itu membabitkan penipuan pakej haji oleh dua agensi pelancongan dengan kerugian keseluruhan mencecah RM2.37 juta. Sebanyak 25 laporan polis diterima di Selangor membabitkan kerugian berjumlah RM620,000, manakala 23 lagi laporan polis diterima di Kuala Lumpur membabitkan kerugian RM766,500. “Empat lagi laporan polis diterima di negeri Pahang membabitkan kerugian berjumlah…

Read More

Presiden Sri Lanka larikan diri

COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa melarikan diri sebelum penunjuk perasaan berkumpul dan menyerbu pekarangan kediaman rasminya di bandar raya ini, hari ini, bagi menuntut peletakan jawatannya. Perkara itu dimaklumkan pegawai pertahanan tertinggi yang turut memaklumkan presiden diiringi ke tempat selamat. Pasukan tentera juga melepaskan tembakan ke udara bagi menghalang orang ramai yang marah daripada membanjiri Istana Presiden. Sebuah penyiar swasta, Sirasa TV, menunjukkan orang ramai memasuki kediaman yang dahulunya dikawal ketat. Sri Lanka mengalami masalah kekurangan bekalan makanan dan bahan api selama berbulan-bulan, terputus bekalan elektrik dan inflasi yang…

Read More

Altimet mahu satukan anggota PKR

KUALA LUMPUR 9 Julai – Penyanyi rap, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad , ‘pemenang ketiga’ sebagai Ketua Cabang PKR Ampang, menaruh harapan untuk menyatukan semua anggota PKR di cabangnya. Dalam satu kenyataan, penyanyi yang lebih dikenali sebagai Altimet berkata kemenangan tanpa dijangka itu membawa satu tanggungjawab besar yang perlu dipikulnya. “Apatah lagi bagi seorang yang dilihat sebagai masih setahun jagung dalam arena ini. Tetapi, ini bukan satu tugas untuk seorang individu, ia adalah usaha bersama ahli yang menjiwai semangat parti reformis PKR. “Saya yakin barisan ini mampu menerajui pergerakan…

Read More

Raja Salman doakan kesejahteraan jemaah

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mendoakan kesejahteraan sejuta jemaah haji yang menunaikan ibadah itu tahun ini, sekali gus mendapat haji yang mabrur. Dalam perutusan khas sempena perayaan Aidiladha yang disiarkan di televisyen, Raja Salman berkata, kerajaan Arab Saudi berupaya meningkatkan jumlah jemaah haji tahun ini kepada sejuta orang, baik dari dalam dan luar negara, disebabkan usaha positif yang dilakukan dalam menangani pandemik Covid-19. Beliau berkata, pada masa sama, pihak berkuasa turut mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan jemaah haji sentiasa terjamin. Baginda berdoa kepada Allah supaya…

Read More