FDA beri kelulusan penuh vaksin

PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) memberi kelulusan penuh kepada vaksin Pfizer-BioNTech untuk digunakan bagi remaja dalam kumpulan umur 12 ke 15 tahun.

Sejak Mei 2021, vaksin itu mendapat kelulusan kecemasan bagi kumpulan umur berkenaan.

Menurut FDA, kelulusan penuh adalah susulan analisis ketat dan penilaian berkaitan keselamatan serta keberkesanan data.

Pada Ogos lalu, vaksin berkenaan turut diluluskan untuk kumpulan umur 16 tahun dan ke atas.

FDA bulan lalu meminta pengeluar vaksin termasuk Pfizer dan Moderna, untuk mengubah struktur vaksin mereka bagi memasukkan komponen yang boleh menangani varian dominan ketika ini iaitu Omicron.

Setakat ini 67 peratus daripada keseluruhan populasi Amerika Syarikat sudah melengkapkan dos vaksin mereka.

Related posts

Leave a Comment