2,536 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 4 Julai – Sebanyak 2,536 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam termasuk tiga kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,573,891.

Pada masa yang sama, lima kematian direkodkan iaitu dua kes masing-masing di Johor dan Terengganu manakala satu kes di Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan 35,776 orang.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, terdapat 29,793 kes aktif di mana 28,508 sedang menjalani kuarantin di rumah, 45 sedang dirawat di ICU dan 26 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 4,573,891 orang termasuk 3,123 yang dilaporkan sembuh semalam.

Sementara itu, Selangor merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,070 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 536, Perak 239, Pulau Pinang 140, Sabah 139 dan Negeri Sembilan 103.

Ini diikuti Melaka 66, Johor 64, Wilayah Persekutuan Putrajaya 59,  Sarawak 30, Pahang 27, Kedah 26 dan Terengganu 17.

Di bawah 10 kes adalah Kelantan 8, Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis masing-masing lima kes.

Related posts

Leave a Comment