60 juta kes, 1.4 juta kematian

JUMLAH kes global jangkitan Covid-19 kini mencecah 60 juta orang dengan jumlah kematian meningkat kepada 1.4 juta manakala 38.6 juta pesakit sembuh.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) setakat 8.50 pagi ini, masih mendahului negara-negara lain sama ada kes jangkitan atau kematian.

Daripada 60,251,496 kes AS merekodkan 12,759,949 kes manakala kematian pula sebanyak 262,080 daripada jumlah kematian global 1,418,617.

India menduduki tempat kedua dengan 9,222,216, Brazil 6,118,708, Perancis 2,221,874 dan Rusia 2,144,229.

Enam negara melepasi satu juta kes iaitu Sepanyol 1,605,066, United Kingdom 1,560,846, Itali 1,480,874, Argentina 1,390,388, Colombia 1,270,991 dan Mexico 1,060,152.

Dua belas negara melepasi 500,000 kes iaitu Jerman 983,731, Peru 952,439, Poland 924,422, Iran 894,385, Afrika Selatan 775,502, Ukraine 680,132, Belgium 561,803, Chile 544,092, Iraq 542,187 , Indonesia 511,836, Netherlands 506,439 dan Czechia.

Turki merekodkan 467,730 kes, Bangladesh 454,146, Romania 440,344, Filipina 422,915 Pakistan 382,892, Arab Saudi 356,067, Kanada 348,923, Morocco 336,506, Israel 331,915 dan Switzerland 309,469.

Berada dalam kumpulan 200,000 kes adalah Portugal 274,011, Austria 260,512, Sweden 230,514 dan Nepal 226,026.

Dua puluh tujuh negara mencatakan lebih 100,000 kes termasuk Jordan, Ecuador, Hungary, Emiriyah Arab Bersatu, Panama, Bolivia, Kuwait, Serbia, Republik Dominica, Qatar, Jepun, Costa Rica, Bulgaria, Kazakhstan, Lebanon dan Mesir.

Bagi kematian, Brazil menduduki tempat kedua dengan 170,115 kes, India 134,699, Mexico 102,739, United Kingdom 56,630, Itali  52,028, Perancis  50,700, Iran   46,207, Sepanyol  44,037, Argentina 37,714, Rusia  37,173, Colombia 35,860.

Peru merekodkan 35,685 kes, Afrika Selatan 21,201, Indonesia  16,225, Belgium   15,938, Chile 15,138 p, Poland  14,988, Jerman 14,984, Ecuador 13,288, Turki  12,840, Iraq 12,086, Ukraine 11,857, Kanada 11,720 dan Romania 10,541.

Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan sebanyak 38,623,115 di mana India merekodkan 8,642,771 kes pulih, diikuti Brazil 5,509,645, AS 4,835,545, Rusia 1,646,737 , Argentina 1,217,284, Colombia 1,174,959 dan Peru 882,600.

Related posts

Leave a Comment