Kes harian Covid-19 lepasi 2,000

PUTRAJAYA 29 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 melepasi angka 2,000 apabila merekodkan 2,025 kes semalam berbanding 1,894 yang dicatatkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,560,583.

Empat lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 35,758 kematian.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 20 adalah kes import dengan 27,747 kes aktif di mana 26,541 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan kes harian tertinggi dengan 745 kes berbanding 450 kelmarin.

Ini diikuti Selangor sebanyak 442 berbanding 615 kelmarin, Sabah 160 (123), Pulau Pinang 111 (169), Perak 103 (104), Negeri Sembilan 83 (124) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 71 (4).

Kes terendah pula dicatatkan Kelantan sebanyak 25 kes berbanding 22 semalam, Wilayah Persekutuan Labuan 14 (1) dan Perlis 8 (11).

Related posts

Leave a Comment