Thailand catat 15 lagi kematian

BANGKOK 27 Jun – Thailand merekodkan 15 lagi kematian dan 1,735 kes baharu Covid-19 semalam (Ahad), yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,515,890 kes dan 30,607 meninggal dunia.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, jumlah kes menunjukkan penurunan berbanding 2,378 kes dan 17 kematian yang dilaporkan pada hari sebelumnya. Hanya satu kes import dilaporkan sementara yang lain jangkitan tempatan.

Jumlah kes harian baharu itu bagaimanapun tidak termasuk 2,425 kes positif hasil ujian antigen yang dilakukan dalam tempoh 24 jam dan jika digabungkan membawa kepada 4,160 kes.

Sehingga tengah malam Ahad, sebanyak 22,895 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,520 di hospital, 1,035 di hospital lapangan atau kemudahan hospital, dan 11,306 di pusat pengasingan komuniti atau di rumah.

Bagi kes di hospital, sebanyak 610 kes dalam keadaan kritikal dan 286 bergantung kepada bantuan ventilator.

Sebanyak 2,138 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 4,462,388 orang.

Related posts

Leave a Comment