Tiada kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 26 Jun – Buat kali kedua tahun ini, Malaysia mencatatkan sifar kematian harian akibat COVID-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 35,745 orang meninggal dunia setakat semalam.

Kali terakhir Malaysia tidak mencatatkan sebarang kematian akibat virus itu adalah pada 25 Jun lepas.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kes baharu pula turun kepada 2,302 berbanding 2,512 hari sebelumnya di mana daripada jumlah kes baharu itu, dua adalah kes import.

Terdapat 28,010 kes aktif Covid-19 dalam negara ketika ini di mana 26,929 individu atau 96.1 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 16 individu ditempatkan di PKRC.

Seramai 1,039 pesakit dirawat di hospital dengan 31 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 18 memerlukan bantuan alat pernafasan

Sementara itu Selangor masih mendahului dengan jumlah kes harian tertinggi iaitu 667 berbanding 732 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 1,385,904.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan 664 kes berbanding  796 kelmarin diikuti Sabah 192 (170), Pulau Pinang 173 (176), Negeri Sembilan 167 (149), Perak 129 (135).

Di bawah 100 kes adalah Melaka 68 (54), Johor 55 (69), Sarawak 36 (55), Wilayah Persekutuan Putrajaya 45 (51), Pahang 39 (38), Kedah 24 (37), Terengganu 18 (20), Kelantan 11 (19), Perlis 10 (7) dan Wilayah Persekutuan Labuan 4 (4).

Related posts

Leave a Comment