Singapura catat 5,116 kes baharu

SINGAPURA 26 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,116 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 4,697 jangkitan tempatan dan 419 ‬‬kes import. Jumlah kes baharu itu menunjukkan penurunan berbanding semalam yang merekodkan 6,168 kes iaitu 5,654 jangkitan tempatan dan 514 ‬‬kes import. Seperti semalam, tiada kematian dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian kekal 1,408 orang manakala jumlah kumulatif kes pula adalah sebanyak 1,408,358. Sebanyak 4,631 kes baharu Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor…

Read More

Indonesia tambah 1,726 kes baharu

JAKARTA 26 Jun – Indonesia merekodkan 1,726 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 6,080,451 Bagi tempoh yang sama, sebanyak 1,175 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 5,909,218 orang pulih daripada Covid-19. Jumlah kematian pula meningkat kepada 156,717 orang apabila tiga lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19. Pemerintah juga melaporkan, jumlah kes aktif bertambah 548 kes menjadikan jumlah keseluruhan 14,516. Sementara itu, sehingga 0ukul 6 petang hari ini, sebanyak 201,366,276 telah mendapatkan dos pertama atau 96.69 peratus, manakala 168,823,775…

Read More

Jokowi bawa misi damai Rusia-Ukraine

JAKARTA 26 Jun – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) berlepas ke Jerman hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) seterusnya membawa misi damai perang Rusia – Ukraine. Beliau akan menggesa rakan sejawatannya dari Rusia dan Ukraine untuk membuka pintu dialog dalam misi membina keamanan susulan perang yang masih berlanjutan antara dua negara itu. “Perang perlu dihentikan dan rantaian bekalan makanan global perlu diaktifkan semula,” tegas Jokowi di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten sebelum berlepas ke Jerman. Beliau akan bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraina Volodymyr Zelensky dalam…

Read More

ILI : Usah terlalu risau, panik

REMBAU 26 Jun – Ibu bapa tidak perlu risau atau panik dengan penularan jangkitan Influenza Like-Illness (ILI) berikutan beberapa kluster dikesan membabitkan pelajar di sekolah berasrama, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, kluster influenza berkenaan adalah situasi normal bagi penyakit berjangkit yang wujud dari semasa ke semasa dan bermusim. “Kluster influenza ini adalah perkara biasa yang akan timbul dari semasa ke semasa dan buat masa ini dalam kes kluster terbabit semuanya terkawal dan hanya memerlukan pemantauan dan pengasingan,” katanya pada Program Outreach Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa…

Read More

Logo bulan atau PN ikut kesesuaian

ALOR SETAR 26 Jun – Pas boleh menggunakan logo tradisi imej bulan atau lambang Perikatan Nasional (PN) mengikut kesesuaian negeri parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Pengarah Pilihan Raya  Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata penggunaan logo adalah penting dalam mana-mana pilihan raya kerana ia mempunyai rahsia tersendiri termasuk memberi kesan psikologi kepada pengundi. Bagaimanapun penggunaan logo bagi Pas pada PRU-15 akan dimuktamadkan pucuk pimpinan parti termasuk dibincangkan di peringkat PN. “Sebelum ini ada pandangan kita guna logo PN seperti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka…

Read More

Thailand catat 2,378 kes baharu

BANGKOK 26 Jun – Thailand merekodkan 2,378 kes baharu Covid-19 dengan 17 kematian dalam tempoh 24 jam, menunjukkan peningkatan berbanding 2,236 kes dan 16 kematian yang dilaporkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sejak Rabu lalu Thailand merekodkan lebih 2,000 kes harian setiap hari dan angka semalam adalah yang kedua tertinggi selepas 2,387 direkodkan Rabu lalu. Hanya dua kes import dilaporkan dan jumlah kes yang direkodkan setakat semalam adalah sebanyak 4,514,155 dengan kematian pula sebanyak 30,592. Setakat semalam, sebanyak 23,313 orang mendapatkan rawatan  Covid-19  termasuk 10,479 di hospital, 1,136 di kemudahan…

Read More

68.6 peratus ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 26 Jun – Sebanyak 16,137,205 individu dewasa atau 68.6 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, seramai 684 lagi individu tampil mendapatkan dos penggalak itu semalam. Manakala sejumlah 23,012,251 atau 97.8 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,289,632 atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 319 mendapatkan dos kedua semalam menjadikan 2,910,021 individu atau 93.5 peratus daripada populasi remaja melengkapkan vaksinasi mereka. Hanya…

Read More

Sifar kematian Covid-19

PUTRAJAYA 26 Jun – Buat kali kedua tahun ini, Malaysia mencatatkan sifar kematian harian akibat COVID-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 35,745 orang meninggal dunia setakat semalam. Kali terakhir Malaysia tidak mencatatkan sebarang kematian akibat virus itu adalah pada 25 Jun lepas. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kes baharu pula turun kepada 2,302 berbanding 2,512 hari sebelumnya di mana daripada jumlah kes baharu itu, dua adalah kes import. Terdapat 28,010 kes aktif Covid-19 dalam negara ketika ini di mana 26,929 individu atau 96.1 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah…

Read More