Cacar monyet belum kecemasan global

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memutuskan penyakit cacar monyet belum lagi menjadi kecemasan kesihatan global, kata Ketua Pengarah, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Beliau bagaimanapun berkata, WHO amat prihatin dengan penularan wabak itu.

“Saya amat prihatin dengan wabak cacar monyet, ini jelas adalah ancaman kesihatan yang sedang berkembang yang saya dan rakan sekerja dalam Sekretariat WHO sedang mengikuti dengan teliti,” katanya semalam.

Label “kecemasan global” pada masa ini hanya terpakai kepada wabak coronavirus dan usaha berterusan untuk membasmi polio.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu tidak menggunakan label berkenaan terhadap cacar monyet selepas menerima nasihat dalam mesyuarat pakar antarabangsa.

Terdapat lebih 3,200 kes cacar monyet yang disahkan dan satu kematian dilaporkan dalam tempoh enam minggu terakhir di 48 negara yang mana ia biasanya tidak merebak.

Setakat tahun ini hampir 1,500 kes dan 70 kematian di Afrika tengah, yang mana penyakit itu lebih biasa, juga telah dilaporkan, terutamanya di Republik Demokratik Congo.

Cacar monyet, penyakit virus yang menyebabkan simptom seperti selesema dan lesi kulit, telah merebak sebahagian besarnya dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki dari negara yang penyakit itu menjadi endemik.

Menurut WHO, virus itu mempunyai dua klad (sekumpulan organisma) – strain Afrika Barat, yang dipercayai mempunyai kadar kematian sekitar satu peratus dan yang merupakan strain yang merebak di Eropah dan tempat lain, dan strain Congo Basin, yang mempunyai kadar kematian hampir 10 peratus.

Terdapat vaksin dan rawatan yang tersedia untuk cacar monyet walaupun ia terhad

Related posts

Leave a Comment