APEC kembali ke Korea Selatan

KUALA LUMPUR – Korea Selatan kembali menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini selepas kali pertama diadakan di Busan 20 tahun, lalu iaitu pada 2005.

Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2025, Yoon Seongmee berkata

Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC pada 2005, yang menyaksikan antara hasil utamanya adalah Pelan Hala Tuju Busan untuk meningkatkan keutamaan ekonomi anggota dalam menggalakkan perdagangan bebas.

“Seperti yang dapat anda lihat, dua dekad lepas, APEC tertumpu terutamanya kepada perdagangan, liberalisasi pelaburan dan integrasi serantau. Kami masih meneruskan matlamat ini, tetapi agenda APEC telah berkembang.

Cabaran baharu seperti perubahan iklim dan pembangunan teknologi, memerlukan tindak balas kolektif daripada ekonomi APEC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yoon berkata, sehubungan itu Visi Putrajaya 2040 telah memperluas fokus APEC di luar daripada perdagangan dan pelaburan tradisional untuk merangkumi inovasi, pendigitalan dan kemampanan termasuk pertumbuhan inklusif sebagai pemacu utama pengembangan ekonomi.

Sehubungan itu, negara tuan rumah telah memilih tema dan keutamaan APEC 2025 kepada “Building a Sustainable Tomorrow: Connect, Innovate, Prosper” (Membina Masa Depan Mampan: Berhubung, Berinovasi, Maju).

“Tema ‘Membina Masa Depan Mampan’ ini mencerminkan aspirasi dalam merealisasikan rantau Asia Pasifik yang terbuka, dinamik, berdaya tahan dan tenteram seperti yang digariskan dalam Visi Putrajaya.

“Kita mengakui bahawa masa depan sedemikian perlu ‘mampan’. (Oleh itu) Korea Selatan akan berusaha untuk merealisasikan visi ini dengan meneruskan tiga keutamaan dasar penting, iaitu ‘Connect, Innovate, Prosper,'” kata Yoon.

Yoon berkata, “Connect,” berhasrat untuk memperkukuh pertukaran fizikal, institusi, dan rakyat dengan rakyat di rantau ini bagi Asia Pasifik yang terbuka dan berdaya tahan.

“Kesalinghubungan institusi akan menggalakkan rantau yang lebih cekap dan inovatif, dan dalam hal ini, usaha akan dilaksanakan tahun depan untuk membangunkan Agenda APEC bagi Pembaharuan Struktural baharu.

“Pada 2025, kami akan menggalakkan lagi pertukaran rakyat dengan rakyat, terutamanya dalam bidang sains untuk integrasi yang lebih mendalam dalam kalangan rakyat,” katanya.

Sementara, “Innovation” akan menumpukan kepada inovasi digital manakala

“Prosper” pula memberikan maklum balas yang berkesan terhadap cabaran global seperti isu tenaga, perubahan iklim, kesihatan, sekuriti makanan dan perubahan demografi.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment