Jerman sedia bersih periuk api

BERLIN – Kapal penyapu periuk api Jerman, Fulda, dan kapal pembekal, Mosel, telah pun ditempatkan di Timur Mediterranean serta bersedia untuk menyumbang dalam operasi pembersihan periuk api di Selat Hormuz.

Menteri Luar Johann Wadephul berkata, kedua-dua kapal berkenaan bersedia untuk belayar ke wilayah Hormuz sekiranya syarat-syarat tertentu dipenuhi.

“Jerman bersedia untuk menyumbang dalam operasi pembersihan periuk api di Selat Hormuz, namun sebarang penghantaran sedemikian mesti dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Iran,” katanya.

Bercakap kepada saluran penyiaran Jerman n-tv, Wadephul menyatakan pihaknya perlu tahu bahawa misi sedemikian sememangnya dikehendaki – dan ini melibatkan kedua-dua belah pihak

“Lagipun, kita tidak boleh begitu sahaja memasuki kawasan berkenaan jika satu pihak – khususnya pihak Iran – tidak bersetuju dan akhirnya melepaskan tembakan ke arah kita. Keadaan itu pastinya sesuatu yang tidak ideal.” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment