Pas putus hubungan politik dengan Bersatu

KUALA LUMPUR 8 Jun – Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat malam ini secara  rasmi menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dalam kenyataan, berkata parti memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun lalu berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik Pas, atas prinsip penyatuan ummah.

“Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas–Bersatu berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa; Menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu,” katanya dalam kenyataan.

Mesyuarat juga memperakukan keputusan Pas meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Di samping itu mesyuarat menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik dan aktivis masyarakat untuk menyertai Pas.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment