Hong Kong bandar termahal

SINGAPURA: Hong Kong kekal sebagai bandar raya paling mahal di dunia untuk didiami ekspatriat untuk tahun kedua berturut-turut walaupun inflasi meningkat.

Menurut penemuan penyelidikan kos sara hidup terkini yang diterbitkan oleh ECA International, firma itu menjalankan dua tinjauan utama, pada bulan Mac dan September, meliputi 207 bandar di 120 negara dan wilayah.

Data terbabit menyediakan maklumat kepada syarikat untuk memutuskan berapa banyak elaun untuk ditawarkan kepada pekerja yang dihantar untuk tugasan antarabangsa.

Dalam kes Hong Kong, peningkatan inflasi global bukanlah satu cabaran yang besar seperti di lokasi serantau dan global yang lain.

ECA International berkata, harga di wilayah itu meningkat 3 peratus tahun ke tahun, seperti yang diukur oleh kumpulan barangan dan perkhidmatan ECA.

Bagaimanapun bandar itu adalah yang paling mahal di dunia terutamanya kerana kekuatan dolar Hong Kong ekoran tambatannya kepada mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

Tinjauan itu juga mendapati New York adalah bandar kedua termahal di dunia dikuti Geneva, London, Tokyo, Tel Aviv, Zurich, Shanghai, Guangzhou dan Seoul.

Bagi Asia pula 10 bandar termahal didahului Hong Kong, Tokyo, Shanghai, Guangzhou, Seoul, Shenzhen, Singapura, Beijing, Yokohama dan Taipei.

Related posts

Leave a Comment